Monday, October 11, 2010

Tentang hati..

Posted by Cek Aniz at 8:00:00 AM

Kawan Cik selalu berkata, untuk menyukai seseorang. Kita hanya perlu mengambil masa seminit. Mengambil masa 1 jam untuk menyayangi seseorang. 1 hari untuk mencintai seseorang. Namun, mengambil masa selama seumur hidup untuk melupakan seseorang.

Mungkin ada yang bersetuju denga kenyataan tersebut dan ada pula yang tidak bersetuju. Yelah, perasaan orang mana boleh dipaksa-paksa. Tapi, bila difikirkan balik. Boleh jadi juga. Itu pun kalau kita buka hati kita seikhlas yang mungkin. Sebabnya, segala-galanya bermula dari hati. Sama ada untuk melakukan perkara yang baik ataupun sebaliknya. Kalau boleh, perkara sebaliknya tu, janganlah di buat ya. hehehe..

Kalau tanya pada Cik lah kan, Cik setuju dengan kenyataan tersebut. Cuma kurang setuju tentang waktu tu je. Macam singkat sangat. Tapi, perkara ni semua memang akan terjadi dalam hidup kita. Terutamanya masa pergi kem. Dulu masa tingkatan satu, kalau dengar kena pergi kem je. Mulalah merungut. Muncung mulut jangan cakaplah. Tembok besar China pun kalah. Huhuhu. Itu semua sebab dah set kat minda yang kat sana nanti tak ada kawan. Bosan. Penat dengan aktiviti dan macam-macam lagilah. Hikmahnya pula, kalau dah pergi kem tu dan dah jumpa kawan baru. Mesti rasa sayang nak tinggalkan mereka.

Satu kem yang benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam pada diri Cik ialah sewaktu Cik pergi ke 'Nadwah Kepimpinan Pelajar Islam' di Institut Latihan Dakwah dan Islamiah (ILDAS), Sabak Bernam. Sebuah kem bercorak kepimpinan islam. Kat situ, Cik memang jumpa kawan-kawan yang terbaik lah. Saling memahami antara satu sama lain. Sentiasa bekerjasama. Terutama sekali, ahli kumpulan Cik. Mereka semua memang terbaik lah. Sayang kamu semua!

Pesanan penaja: 

"Ikhlaskan hatimu dalam melakukan setiap pekerjaan. Buka hatimu seluas lautan kerana                     segalanya bermula dari hati"

0 Strawberry Utk Dipetik:

Teh O Ais Limau Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review