Wednesday, April 7, 2010

Cintamu, Arissa Taqwa....

Posted by Cek Aniz at 9:15:00 AM

Sudah hampir 8 tahun aku mendirikan rumahtangga bersama suamiku. Pada awal perkahwinan kami, semuanya berjalan dengan lancar dan baik sekali. Suamiku seorang yang agak pendiam dan tidak suka ketawa lepas. Pada awalnya, aku agak tidak menyenangi sikapnya itu. Namun, aku mula belajar untuk memahami sikapnya itu. Kami berkahwin atas kehendak orang tua kami. Aku tahu, suamiku tidak menyetujui cadangan ibu bapanya untuk menikahkan kami.

Sesudah menjadi isterinya yang sah, aku cuba sedaya upaya aku untuk membuatkannya jatuh cinta padaku. Aku lakukan segala apa yang disukainya. Setahun kemudian, kami dikurniakan seorang cahayamata perempuan. Suamiku menamakannya, Ainul Sara Hanim. 3 tahun selepas itu, kami dikurniakan pula sepasang anak kembar. Suamiku menamakannya, Afif Hazwan dan Ainul Sara Hannan.

Kini, aku terasa begitu bahagia apabila berada disamping suamiku, Asyraf Hazwan. Sejak 6 bulan yang lalu, Abang Hazwan banyak berubah. Dia kelihatan sangat gembira. Namun, dia semakin sibuk dengan kerja-kerjanya di pejabat. Adakalanya,sehingga tidak pulang ke rumah. Sebagai seorang isteri, aku perlu faham dengan dedikasi suamiku terhadap pekerjaannya.

Disebabkan terlalu sibuk dengan pekerjaannya,Abang Hazwan telah ditimpa penyakit. Ususnya menghadapi komplikasi kerana beliau tidak mengambil makanan tepat pada masanya dan beliau makan makanan yang tidak berapa sihat dan tidak mempunyai zat yang secukupnya. Jadi, selama seminggu aku begitu sibuk dalam menguruskan hal anak-anak dan suamiku yang sedang terlantar sakit di hospital.

*************************************

Suatu hari, seorang teman sepejabat suamiku datang ke hospital untuk melawat suamiku. Namun, waktu kedatangannya tidak sesuai kerana sewaktu beliau datang, suamiku sedang nyenyak tidur. Lalu, aku berbual-bual dengannya. Wajah teman suamiku ini cukup cantik, bersih dan putih. Tutur katanya cukup mempesonakan. Butir-butir bicaranya cukup mengasyikkan kerana beliau sungguh berhati-hati dalam mengeluarkan bait-bait bicara. Suaranya penuh kemerduan dan kelembutan. Sesiapa sahaja, mahu lelaki ataupun wanita, pasti akan terpesona apabila mendengar suaranya. Senyumannya pula cukup menggoda dan amat manis.

Setelah berbual-bual panjang dengannya,barulah aku mengetahui bahawa beliau bukan hanya teman sepejabat suamiku, tetapi juga teman suamiku sewaktu di kampus dahulu. Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan seorang ahli kimia dan telah 10 tahun berkahwin. Oh! Ya. Nama beliau ialah Ainul Zara Husna. Mirip dengan nama-nama buah hatiku. Di dalam benakku, patutlah Abang Hazwan beria-ia hendak menamakan nama anak-anak perempuan kami, rupa-rupanya dia mahu anak-anak perempuannya nanti akan menjadi secantik dan selembut Ainul Zara Husna.

Sedang asyik kami berbual,suamiku terjaga dari lenanya. Ternyata suamiku amat terkejut sekali dengan kehadiran Ainul Zara Husna. Kegembiraan suamiku begitu terserlah di raut wajahnya. Tidak pernah aku lihat wajah suamiku yang seceria begitu.

Aku mengambil nasi yang kubawa dari rumah untuk kuberikan pada Abang Hazwan, namun, katanya tidak berselera. “Arissa, bagi saya nasi tu. Mengada-ngada sangat baby tua awk ni!” Usik Ainul Zara Husna. Kini, bekas nasi yang kupegang telah beralih tangan. Aku meminta diri untuk ke tandas sebentar.

Sekembalinya aku dari tandas. Aku begitu terkejut sekali apabila bekas nasi yang berada di tangan Ainul Zara Husna telah habis licin. Bukankah suamiku memberitahu yang beliau tiada selera tadi?. Tapi, tidak mengapalah. Mungkin suamiku terlalu teruja dengan kedatangan Ainul Zara Husna.

*********************************

Pada suatu hari, anak sulungku iaitu, Ainul Sara Hanim yang mempunyai akal yang bijak seperti ayahnya, berjaya membuka kotak e-mel ayahnya. Lalu, anakku itu menunjukkan segala e-mel ayahnya padaku. Aku tertarik untuk membuka satu e-mel yang ditujukan pada Ainul Zara Husna.

*to : Ainulzarahusna@cybersemesra.com

Assalamualaikum..Izinkan Hazwan untuk meluahkan kata-kata yang sudah lama terpendam di hati Hazwan pada Ainul. Kehadiran Ainul sejak beberapa bulan yang lalu, membawa perubahan yang besar dalam hidup Hazwan. Hidup Hazwan sudah kembali ceria dan bahagia seperti kita di kampus dulu. Ainul sering menggetarkan jiwa Hazwan. Perasaan cinta Hazwan pada Ainul masih tidak berubah walaupun kini, Hazwan sudah mempunyai Arissa. Hazwan tidak pernah merasakan perasaan cinta dan bahagia sewaktu bersama Arissa. Hazwan hanya menyetujui pilihan ibu bapa Hazwan untuk menikahkan Hazwan dengan Arissa kerana waktu itu Hazwan terlalu kecewa kerana Ainul telah sah menjadi hak milik orang lain. Cinta Hazwan tak pernah sekali pun menjadi milik Arissa. Hazwan hanya memenuhi segala permintaan Arissa kerana Hazwan ingin membuat Arissa bahagia walaupun Hazwan tidak merasakan kebahagiaannya.

Saat itu, hatiku benar-benar sakit dan terluka. Rasa sakit ini lebih sakit dari sewaktu dia membelakangi diriku saat di katil. Lebih sakit dari sewaktu beliau menolak masakkanku.Lebih sakit dari sewaktu melahirkan zuriat-zuriat untuk nya. Lebih sakit dari sewaktu dia tidak berada di sisiku sewaktu aku berjuang untuk melahirkan zuriatnya. Lebih sakit dari sewaktu dia menengkingku. Lebih sakit dari sewaktu dia tidak pulang ketika setiap hari jadiku dan ulangtahun perkahwinan kami tiba. Rasa sakit hatiku benar-benar tidak dapat dibendung. Air mataku berguguran setitis demi setitis. Rupa-rupanya, cinta yang Abang Hazwan berikan padaku selama ini hanyalah sekadar cinta palsu dan tidak ikhlas. Ya Allah!Sampai hati Abang Hazwan melakukan ini semua setelah segala-galanya aku korbankan untuknya. Cita-citaku untuk menjadi seorang pakar bioteknologi telahku kuburkan begitu sahaja hanya kerana dirinya.

*****************************
Sebaik sahaja Abang Hazwan pulang dari hospital, aku segera mengembalikan kunci keretaku padanya. Aku sedar, dia memberi kereta kepadaku bukan kerana dia sayang padaku. Tetapi, hanya kerana mahu memenuhi kehendakku. Alhamdulillah, setelah hampir 4 bulan menabung wang belanja, akhirnya, aku dapat membeli sebuah motosikal. Berbekalkan motosikalku itulah aku menghantar anak-anakku ke sekolah. Aku lebih rela menaiki motor daripada menaiki kereta yang diberi tanpa keikhlasan hati.

Suatu hari, sewaktu ingin mengambil Afif dan Hannan pulang dari sekolah, aku telah dirempuh oleh sebuah kereta yang sedang memecut laju dari arah bertentangan. Aku tercampak ke bahu jalan. Wajah Abang Hazwan, Ainul Sara Hanim, Afif Hazwan dan Ainul Sara Hannan bermain-main di tubir mataku sebelum duniaku menjadi gelap.

****************************

Asyraf Hazwan membuka laci meja solek Arissa Taqwa. Lalu, dicapainya sepucuk surat yang bertarikh sehari sebelum Arissa Taqwa menghembuskan nafasnya yang terakhir.

“Buat Abang Hazwan yang Arissa cintai. Semoga abang dalam keadaan yang sihat sejahtera. Arissa ingin mengucapkan terima kasih kerana abang telah memberi peluang kepada Arissa untuk merasai perasaan dicintai dan mencintai. Arissa tahu, cinta abang bukan untuk Arissa. Tetapi, untuk Ainul. Untuk pengetahuan abang, Arissa cukup terluka apabila membaca e-mel abang. Barulah Arissa tahu yang cinta abang tidak pernah ada untuk Arissa. Bodohnya Arissa kerana tidak menyedari itu semua. Barulah Arissa sedar, rupa-rupanya Arissa langsung tidak bermakna dalam hidup abang dan barulah Arissa tahu, mengapa abang sering tidak mempedulikkan Arissa. Walau apa pun, cinta Arissa pada abang tidak akan pudar sampai bila-bila. Hanya Allah sahaja yang bisa memudarkannya. Abang, andai kata sewaktu abang membaca surat ini Arissa sudah tidak wujud lagi di dunia ini, tolong jaga permata-permata hati Arissa. Hanya itu sahaja yang dapat Arissa tinggalkan buat abang sebagai tanda kasih dan cinta Arissa pada abang. Untuk pengetahuan abang, ada satu lagi benih abang yang sedang bercambah di dalam rahim Arissa. Jika abang dan kakak-kakaknya,tidak lahir di atas rasa cinta ayahnya pada ibunya, Arissa harap,dia akan bercambah di atas rasa cinta ayahnya pada ibunya. Abang, Arissa tidak pasti sama ada dia sempat untuk mendengar ayahnya mengalunkan azan dan iqamat di telinganya ataupun tidak. Semalam sewaktu Arissa membuat pemerikasaan, doktor mengesahkan yang dia baru berusia 2 bulan. Kalau dia lelaki, kita bagi nama, Afiz Hazwan dan kalau dia perempuan, kita bagi nama Ainul Sara Husna. Arissa tahu, abang mesti suka nama Ainul Sara Husna tu, kan?Sampai di sini sahaja coretan Arissa buat abang. Ampunkan segala dosa-dosa Arissa pada abang. Halalkan makan minum Arissa. Jaga permata-permata hati Arissa yang Arissa tinggalkan untuk abang, ya?Arissa sayang dan cintakan abang.

Salam Sayang & Cinta daripada isterimu:

Arissa Taqwa

“Arissa! Maafkan abang. Abang bersalah pada arissa. Kenapa Arissa tinggalkan abang saat cinta abang pada Arissa mula mekar. Abang dapat rasakan rasa cinta Arissa sewaktu Arissa jaga abang semasa abang sakit. Abang sayang sangat-sangat pada arissa. Abang tak sanggup kehilangan Arissa. Benih yang bercambah dalam rahim Arissa tu, adalah tanda berputiknya cinta abang pada Arissa. Arissa! Maafkan abang!”

Hanya kemaafan yang bisa Hazwan mohon daripada Arissa. Namun, ianya hanyalah setelah Arissa meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya. Hanya seribu penyesalan yang tertanam di jiwa Hazwan.

9 Strawberry Utk Dipetik:

mohd nazir said...

wa..semakin up la blog ni.hehe.. tapi tk de tempat borak2 ke?hukhuk..

mohd nazir said...

ni kisah pengalaman cik ke?

Anonymous said...

ni kisah pengalaman cik ke?

mohd nazir said...

ni kisah pengalaman cik ke?

Cek Aniz said...

syukran di atas pujian ustaz nazir...ape kurang nyer bl0g ustaz..hbat jugak..
ini bkn pengalaman cheq..cheq kan bl0m khwin..hekhekhek

tmpt b0rak2???
sedang dalam usaha mewujudkannya...
ustaz tl0ng buatkn leh x???

Anonymous said...

salam ukhuwah adik...awl sekali,,syukran yer jemput akk jd follower adk..n_n..sgt sedih smpai menitis air mata akk bce kisah tu....

Cek Aniz said...

ur welcome..(^_^)
eh..eh..eh..jgn nangis..membazir airmte jer..hekhekhek

Anonymous said...

best jgak cite nie...tpi....

Cek Aniz said...

Anonymous::: tp??? ape yg tp?? tl0ng sambung ayat...huhuhuhu

Teh O Ais Limau Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review