Saturday, October 30, 2010

Exam!!!!!!!!!!!!

Posted by Cek Aniz at 9:35:00 AM 0 Strawberry Utk Dipetik
Assalamualaikum....
Rasa macam dah lama tak kemas blog ni. Tengok tu, sana sini penuh dengan habuk! Hehehe.
Kawan-kawan kalau melawat blog Cek ni, tolonglah sapu-sapu sikit ,ye?
Almaklumlah, Cek ni kan gadis yang paling rajin di antara yang paling malas. Eh, ye ke? Yelah kot. Huhu.

Sebenarnya, tak de benda yang nak diceritakan tapi, memandangkan blog ni dah agak lama tidak merasakan sentuhan bicara Cek. Jadi, Cek pun tulis jelah apa je, ye?
Hurm, untuk pengetahuan, Cek sekarang ni tengah menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun (PAT).
Fuh! Seram tak? Seram kan? Mahunya tak seram, peperiksaan akhir tahun tu. Tapi, tu belum SPM lagi. Agaknya, kalau nak SPM mesti peluh penuh satu tangki kat bilik air tu. Hehehe.
Andaian yang tak masuk akal langsung!

Cek tak de lah ambil banyak subjek macam budak-budak otak permata tu. Opss, otak geliga.
Cek cuma ambil 9 subjek je tapi, ada 19 kertas (kira sikit lah ni).

  • BAHASA MELAYU: 2kertas
  • BAHASA INGGERIS: 2 kertas
  • MATEMATIK: 2 kertas
  • SEJARAH: 2kertas
  • AGAMA ISLAM: 2 kertas
  • MATEMATIK TAMBAHAN: 2 kertas
  • FIZIK: 3 kertas
  • KIMIA: 3 kertas
  • INFORMATION & COMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT): 1 kertas.
Hahaha! ICT je yang satu kertas kan? Itu sebab ICT ada asessment  yang kena buat. Contohnya kena buat setting IP, PC assembling, straight and cross cable, impact of  ICT on society, multimedia dan macam-macam lagilah. Alhamdulillah, kami dapat cikgu ICT yang berpengalaman. Yelah, ada sesetengah benda tu, tak ada kat dalam buku. Tapi, kita kena fikirkan caranya. Hurmm, susahlah nak terangkan!

Semua cikgu-cikgu Cek, memang terbaik dari ladang!!
Syyhh!! Nak bisik sesuatu ni. Cikgu-cikgu sekolah Cek memang tak dapatlah nak cari kat sekolah lain. Betul! Tak tipu! 
Kalau tak percaya, marilah pindah kat sekolah Cek.Hehehe.

Oh ye! Sebelum terlupa, doakanlah kejayaan Cek, ye? Doa kamu amat Cek harapkan. Tanpa anda, siapalah Cek. Iskiskisk. Cewwah!! Dah macam minta undi SMS pula. Apapun, doakanlah Cek, ok!
Sayang kamu semua! Kamu semua tetap di hati Cek!

Pesanan penaja:

" Usaha tangga kejayaan. Tanpa usaha, tiadalah kejayaan yang datang tiba "

Sunday, October 17, 2010

Antara Laut & Hutan...

Posted by Cek Aniz at 1:40:00 AM 0 Strawberry Utk Dipetik
Hurm, tak tahulah. Tiba-tiba je perasaan Cek dijentik untuk menikmati kurniaan Allah SWT. Nak tahu apa tak? Hehehe.. Sebenarnya, Cek rasa nak jalan-jalan kat tepi pantai. Kebetulan, rumah Cek tidaklah terlalu jauh dari 'Pantai Bagan Lalang', Sepang. Mesti seronok, kan? Tudung Cek yang labuh beralun ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Menyaksikan pula panorama matahari terbenam. Subhanallah! Cantiknya!

Jujur Cek katakan, Cek seorang insan yang tak berapa menyukai pantai. Tak tahulah kenapa.Tapi,  Cek lebih sukakan air terjun dan hutan yang subur menghijau. Bagi Cek, mendengar deruan air terjun cukup untuk membuat diri Cek terasa segar. Apatah lagi kalau dapat mandi air terjun. Brrrrr...segar dan sejuk!

E'eh, lari topik pula. Ok, kita lari balik pergi pada cerita tentang pantai. Ramai yang mengatakan, melihat matahari terbenam merupakan saat-saat yang manis dan romantik. Romantik?! Itu satu lagi perkara yang Cek kurang suka. Cek ni memang agak teruk. Cek tak suka romantik-romantik ni. Geli semacam je. Hehehe
Cek pun bukanlah seorang yang romantik. Tapi, harap-harap dapatlah suami yang romantik. Oppss! Terlebih sudah. Kecil-kecil dah pandai.

Walaupun Cek tinggal dekat dengan Pantai Bagan Lalang (yang ada Gold Coast), tapi hampir setahun juga Cek tak jejakkan kaki kat pantai. Rindu pula. E'eh sejak bila pula dah pandai rindu kat pantai ni? Ishishish.

Pesanan Penaja:

"Hargailah segala nikmat dan kurniaan yang telah diberikan olehNya. Sesungguhnya, kurniaan dariNya merupakan kurniaan yang tiada tandingannya."

Monday, October 11, 2010

Tentang hati..

Posted by Cek Aniz at 8:00:00 AM 0 Strawberry Utk Dipetik

Kawan Cik selalu berkata, untuk menyukai seseorang. Kita hanya perlu mengambil masa seminit. Mengambil masa 1 jam untuk menyayangi seseorang. 1 hari untuk mencintai seseorang. Namun, mengambil masa selama seumur hidup untuk melupakan seseorang.

Mungkin ada yang bersetuju denga kenyataan tersebut dan ada pula yang tidak bersetuju. Yelah, perasaan orang mana boleh dipaksa-paksa. Tapi, bila difikirkan balik. Boleh jadi juga. Itu pun kalau kita buka hati kita seikhlas yang mungkin. Sebabnya, segala-galanya bermula dari hati. Sama ada untuk melakukan perkara yang baik ataupun sebaliknya. Kalau boleh, perkara sebaliknya tu, janganlah di buat ya. hehehe..

Kalau tanya pada Cik lah kan, Cik setuju dengan kenyataan tersebut. Cuma kurang setuju tentang waktu tu je. Macam singkat sangat. Tapi, perkara ni semua memang akan terjadi dalam hidup kita. Terutamanya masa pergi kem. Dulu masa tingkatan satu, kalau dengar kena pergi kem je. Mulalah merungut. Muncung mulut jangan cakaplah. Tembok besar China pun kalah. Huhuhu. Itu semua sebab dah set kat minda yang kat sana nanti tak ada kawan. Bosan. Penat dengan aktiviti dan macam-macam lagilah. Hikmahnya pula, kalau dah pergi kem tu dan dah jumpa kawan baru. Mesti rasa sayang nak tinggalkan mereka.

Satu kem yang benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam pada diri Cik ialah sewaktu Cik pergi ke 'Nadwah Kepimpinan Pelajar Islam' di Institut Latihan Dakwah dan Islamiah (ILDAS), Sabak Bernam. Sebuah kem bercorak kepimpinan islam. Kat situ, Cik memang jumpa kawan-kawan yang terbaik lah. Saling memahami antara satu sama lain. Sentiasa bekerjasama. Terutama sekali, ahli kumpulan Cik. Mereka semua memang terbaik lah. Sayang kamu semua!

Pesanan penaja: 

"Ikhlaskan hatimu dalam melakukan setiap pekerjaan. Buka hatimu seluas lautan kerana                     segalanya bermula dari hati"

Teh O Ais Limau Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review