Tuesday, April 26, 2011

Kau Takdirku...{part 4}

Posted by Cek Aniz at 8:25:00 AM 0 Strawberry Utk Dipetik
* Sejak seminggu yang lalu..Pemilik blog telah menjadi 
peminat cupcake. Kalau ada sesiapa nak belanja pemilik blog sebiji cupcake,
beritahulah ye!!!!! Hehehehe

Aku sedang bersiap-siap untuk keluar makan malam sebentar nanti. Manalah pemandu aku ni? Dari tadi belum sampai. Aku sekadar mengenakan sehelai blaus dengan skirt labuh beserta sehelai tudung berwarna putih. Aku seorang yang sukakan sesuatu yang santai dan sempoi jadi, aku rasa tak perlulah aku mengenakan solekan yang terlalu tebal. Rimaslah! Kesian pada kulit aku ini sebab susah untuk bernafas. Hehehehe

Semalam Abang Hariz dah janji nak belanja aku makan dekat Chili's, Mid Valley. Dia kata nak bagi sesuatu padaku. Ini yang buat aku tidak sabar. Apalah agaknya,ya?

Masa terus berlalu. Sudah hampir setengah jam aku menunggu kedatangan Abang Hariz. Dah pukul lapan suku. Ini yang aku tak berapa berkenan. Tet..tet..tet.. Ada mesej baru masuk! Daripada Abang Hariz.

+ Sorry, dear! Plan malam ni, cancel.
- Laa..Kenapa pulak?
+ Abg ada kerja. Urgent sgt! 
- Oh, ye ke?? Ermm, takpe lah.. Take care.. : )
+ Abg minta maaf sgt ye! Sorry, sayang! (T_T)
- takpe..Maybe, next time. Ok?
+ Ok!! 

Alamak aii!! Perut aku dah lah tengah lapar ni. Perut ni memang aku sengaja kosongkan sebab nak makan banyak dekat Chili's. Tak sangka jadi macam ini pula. Nak masak? Aku malaslah. 

Kringg..kringg..kring.. Sekali lagi telefon bimbitku berdering. Aikk. nombor siapa pula ni?

"Assalamualaikum.." Salam dihulur daripada pihaknya.

" Waalaikumussalam.. Siapa ni?"

" Hai! Budak kecik!" Hahaha. Budak kecik??!! Dalam hidup aku, cuma ada seorang je yang memanggil aku dengan nama 'Budak Kecik'. Siapa?? Dialah abang kesayangan aku!! Abang aku yang sulung iaitu Hairul Syafiq. 

"Abang Syafiq!!!!" Aku menjerit memanggil namanya. 

Sungguh, aku sangat teruja kalau mendapat panggilan daripadanya. Seingat aku, lebih dari 4 bulan kami tidak berjumpa dan berhubung. Maklumlah, dia sibuk memanjang. Kadangkala, bila aku mengajaknya keluar, pasti dia akan mengatakan yang dia berada di luar negara. Kejap dekat Dubai, kejap lagi dekat Amsterdam. Oh ya! Abang aku berkhidmat sebagai juruterbang syarikat MAS. 

"Ish! Tak payahlah jerit-jerit. Sakit telinga abang!" Oppss.. Entah-entah dah berdarah telinga dia sebab dengar aku menjerit. 

"Sorry! Ada apa abang call ni? Nak belanja adik ke?" Aku berharap sangat agar dia menjawab 'ya'.

"Taklah.Kawan abang yang nak belanja! ." Terdengar gelak halus di hujung kata-katanya.

"Kenny Rogers je. Okey tak?" Bunyi macam seronok. Aku cuma pernah lalu depan kedai ni je. Nak masuk?? Kirim salamlah. Lebih baik aku makan dekat McDonald. Lagi berbaloi! Tapi kali ini, ada orang nak belanja, takkanlah aku nak menolak pula. Hehehe. Bab-bab makan ni, aku memang pantanglah nak menolak. Aku terima je.

"Okey sangat! Abang, adik ajak kakak adik sekali boleh tak?" Tiba-tiba aku teringat pula pada Kak Safi. Kasihan pula hendak meninggalkannya bersendirian.

"Sejak bila pula budak kecik ada kakak ni? Ummi tak pernah pula bersalinkan anak perempuan selain daripada adik." Soal abangku hairan. 

"Kakak angkat, adiklah! Boleh ye, bang?" Aku bersuara memohon simpati daripadanya.

"Ajak jelah. Bukan luak sejuta pun kalau ajak dia."

 Inilah yang membuatkan aku sangat menyayangi Abang Syafiq. Dia tidak pernah lokek dalam segala perkara. Baik dalam hal duit, ilmu pengetahuan dan lain-lain.
Dia jugalah yang banyak mengajar aku tentang erti kehidupan di dunia dan akhirat. Bukannya Ummi dan abah tidak mengajar semua perkara tersebut namun, Abang Syafiq yang lebih mengajar aku. Ini semua kerana dia yang paling dekat dengan aku. Ummi dan abah di kampung, abangku yang kedua iaitu Hairul Izhar bekerja di Manchester sebagai seorang arkitek manakala, abangku yang ketiga iaitu Hairul Luthfi masih lagi menuntut di Rusia dalam jurusan perubatan.

*****************************************
Puas aku memujuk Kak Safi untuk ikut sekali. Katanya malu dengan abangku dan kawannya. Alahai, Kak Safi! Kita nak pergi makan bukannya nak pergi parti liar. Lama juga aku hendak menunggu persetujuan Kak Safi.

Kami terlewat 15 minit dari waktu yang dijanjikan. Sebaik sahaja melangkah kaki di Kenny Rogers, mataku melilau mencari kelibat Abang Syafiq. Ahah! Aku dah nampak dia dengan kawannya. 

"Abang!" Sergahku dari belakang.

"Ish budak kecik ni! Main sergah-sergah pula!" Marah Abang Syafiq. Sengaja aku memuncungkan mulutku sambil menyalami tangannya.

Aku mengambil tempat di hadapan kawan Abang Syafiq, sementara Kak Safi duduk berhadapan dengan Abang Syafiq. Sengaja aku buat begitu. Nak kenenkan Abang Syafiq dengan Kak Safi. Dah sesuai tu, 'Syafiq dan Safi'

"Budak kecik, ni kawan abang. Nama dia...Syed Irfan Zafril." Aku sekadar tersenyum manis. Dia tersenyum kembali padaku. Subhanallah! Senyuman dia! Aku tak pernah melihat senyuman seperti senyumannya. Manis,menggoda, tulus dan...Haish! Semua adalah. Muka dia boleh tahan jugaklah. Sekali pandang macam muka Ashraf Muslim. Dua kali tengok macam campuran Arab dan Scotland lah pula.

"Apa kabar bang? Sihat?" Aku sekadar berbasa basi.

"Baik, Alhamdulillah." Jawabnya. Suara yang garau itu mampu sahaja  membuat aku gila bayang. Lembut dan menggoda.

"Abang, inilah kakak angkat adik. Kak Safi Rhaudah. Panggil Kak Safi je." Aku memperkenalkan Kak Safi pada Abang Syafiq.

"Cantik!" Terkeluar kalimah tersebut dari mulut Abang Syafiq tanpa disedarinya.

Tiba-tiba sahaja wajah Kak Safi merona merah. Alahai, malulah tu! Aku sangat berbesar hati kalau Kak Safi jadi isteri abangku dan ibu kepada anak-anak buahku.

Abang Syafiq leka memandang wajah Kak Safi. Dia tersedar tatkala mendengar gelakku bercampur dengan gelak Abang Zafril. Lucu kami melihat Abang Syafiq yang tidak sedar akan mata kami yang sedang memerhatikan tingkah lakunya. Aku pasti, mesti Abang syafiq dah tangkap cintan dengan Kak Safi.

 'Ya Allah, satukanlah mereka dengan ikatan yang sah.' Doaku di dalam hati.

Aku menggeleng-gelengkan kepalaku. Abang Syafiq ni, ta pandai langsung hendak mengawal mulutnya. Tak pasal-pasal Kak Safi malu-malu miooww.

Mataku ku alihkan kepada Abang Zafril. Gulp! Dia sedang merenungku. Karmila Rifqah! Jangan mudah terperdaya. Ingat! Kau tu dah ada Hariz Zahwan. Aku cuba beristighfar.

"Err, Abang Zafril! Bila nak mula makan ni? Perut Rifqah dah lapar ni." Aku cuba untuk menyedarkan abang zafril dripada lamunannya.

"Oh, ya! Sorry! Abang lupa pula." Dia sekadar tersengih-sengih.

"Apalah yang buat Abang sampai lupa ni? Ingat kat buah hati ye?" Aku sekadar menduga.

"Eh, tak adalah! Buat apa nak ingat pada orang lain kalau orang depan mata kita lebih comel dan menarik,kan?" Erkk, apa maksud mamat ni? Lantaklah, malas aku nak ambil berat.

Abang Zafril bangun daripada tempat duduknya dan terus menuju ke kaunter. Beberapa minit kemudian, dia kembali diikuti dengan Abang syafiq sambil membawa dua dulang berisi makanan. Dihulurkannya sepinggan Quarter 1/4 Black pepper chicken. Nampak macam sedap. 

Masa makan, aku sibuk dok menghadap makanan aku. Kalau masa makan, jangan haraplah aku nak pandang tempat lain. Jodoh lalu kat sebelah pun buat tak hirau je. Dalam hidup aku, makan ibarat belajar. Mesti fokus! 

Selesai makan, aku rasa macam nak mengetahui dengan lebih lanjut tentang Abang Zafril. Dia ni macam ada aura je. Walaupun ini kali pertama kami bertemu, namun, aku berasa sangat selesa dengannya. Langsung tidak kekok. 

Lagi satu perkara yang membuatkan aku tertarik dengannya adalah minyak wangi yang digunakan. Aku pasti, dia menggunakan minya wangi berjenama Dunhill. Aku sangat menyukai minyak wangi Dunhill. Minyak wangi tersebut dapat menunjukkan seseorang lelaki tersebut berperwatakan tenang, aktif, kacak dan bergaya. itu pandangan akulah, tak tahulah kalau orang lain.

"Abang dah lama berkawan dengan Abang Syafiq?" 

"Kami berkawan sejak kami belajar di akademi lagi." Oh! Maknanya Abang Zafril pun juruterbang lah ni.

"Eh, lama juga tu! Tak pernah pula Abang Syafiq cerita tentang abang." Aku menyedut minumanku.

"Buat apa nak cerita, kalau orang tak sudi nak dengar, kan?" E'eh, ke situ pula dia. 

"Belum cerita, macam manalah nak tahu kita nak dengar ke tak,kan?" Balas ku kembali. 

"Oh,ya! Abang anak dah berapa? Isteri dah berapa orang?" Soalku. Muka Abang zafril ni macam playboy je. Hahaha! Kalau boleh, semua lelaki aku nak cakap yang diorang playboy.

"Alhamdulillah..Buat masa ni masih belum ada anak. Isteri? InsyaAllah, tahun depan dapatlah seorang." Oh! Dah bertunang rupanya Abang Zafril ni. Hurmm, mamat handsome macam dia ni, siapa yang tak nak? Kalau boleh, aku pun nak! Ya Allah! Apa yang aku merepek ni?!

"OH, tunang orang lah ni, ya? Mesti tunang abang cantik orangnya kan?" 

"Mestilah! Sangat-sangat comel orangnya. Manja pula tu. Dia tu hantu cupcake tau!" Hantu cupcake?? Samalah dengan aku.

"Eh! Sama pula dengan Rifqah. Kalau abang nak belikan tunang abang, cupcake. Boleh tempah kat Rifqah." Aku mempromosikan bisnes baruku. Sudah 5 bulan aku bergiat dengan bisnes membuat cupcake.

"Rifqah buat sendiri?" Soalnya dengan riak sedikit terkejut.

"Yelah! Takkan upah orang pula. Apalah abang ni! Apsal? Abang ingat Rifqah tak pandai buat ke?" Jangan pandang sebelah mata tau! Kasar-kasar aku ni, aku tetap pandai perihal rumahtangga tau. Hehehehe

"Kalau macam tu, bolehlah abang belajar buat cupcake daripada Rifqah,ek?" Teruja sungguh Abang Zafril hendak menuntut ilmu daripadaku.

"Boleh je. Sebagai yuran, abang kena selalu belanja Rifqah, boleh?" Hahaha. Karmla Rifqah! Memang muka tak tahu malu.

"Small matter. Nak belanja Rifqah makan kat Secret recipe seumur hidup pun, abang tak kisah." Ujarnya tersenyum bangga. Uikkk, aku macam kenal je ayat dia. Tapi dekat mana ya? Hurmmm...

Nantikan Sambungannya..............

Tuesday, April 19, 2011

Kau Takdirku...{part 3}

Posted by Cek Aniz at 4:01:00 AM 2 Strawberry Utk Dipetik
*Tak Tahu nak letak gambar apa. Latak jelah gambar ni. Hehehe

Lapan bulan telah berlalu. Alhamdulillah, aku sudah pun menamatkan pelajaran dan baru mula bekerja di sebuah syarikat yang agak tersohor di serata Asia mungkin juga dunia. Kalau tidak silap, syarikat ini dimiliki oleh seorang usahawan beragama Islam iaitu Tan Sri  Razak Bukhari. Untuk pengetahuan, aku bekerja di sini sebagai Esekutif Pemasaran. Syarikat Tan Sri  Razak Bukhari lebih dikenali sebagai syarikat permotoran RZ.

Buat masa ini, kerja di syarikat ini sangat menyeronokkan. Tambahan pula, dengan rakan-rakan sekerja yang baik dan sentiasa menggembirakan dengan lawak-lawak mereka yang entah apa-apa. Senang cakap, memang seronoklah bekerja di sini. Hari-hari macam tak sabar je nak ke pejabat untuk membuat kerja dan bertemu rakan-rakan.

Hah??!! Nak tahu tentang aku dan Abang Hariz?? Errrr.. Entahlah, aku sendiri tidak mengetahui status sebenar hubungan kami. Nak kata pasangan kekasih, tak juga. Nak kata kawan, hubungan kami lebih daripada itu. Tunggu jelah ya? Yang aklu boleh beritahu, aku sangat bahagia dengan Abang Hariz sekarang ni. Heheheh

Toingg!! Eh, ada orang beri mesej di 'chatbox' aku. "Putera Zadora?" Namanya meniti di bibirku.

"Siapa pulak lah Putera Zadora ni? Bila pulak aku terima dia sebagai kawan Facebook aku ni?" Gumamku. Tidak sedar pula yang aku telah menerima seseorang yang tidak aku kenali sebagai rakan Facebook ku.

PZ: Assalamualaikum.. : )

Nak balas ke tak ni, ya? Nanti kalau balas, macam-macam soalan pula yang ditanya persis seorang wartawan Harian Metro. Kalau tak balas pula nanti dikata sombong. Ermm, balas jelah. Bukan kena lari 500 meter pun kalau aku membalas.

KR (Karmila Rifqah..Akulah tu!) : Err.. Waalaikumussalam..

PZ: Nak berkenalan boleh?

Huuiisshh!!! Ni lah ayat yang paling aku menyampah.

KR: Kalau nak kenal dengan saya, kena belanja saya makan seminggu
 berturut-turut kat Secret Recipe! Termasuk breakfast,lunch and dinner.

Hahahaha! Bankrup kau aku kerjakan nanti. Ingat aku ni perempuan yang murahan ke?! Oppss..

PZ: Setakat Secret Recipe, seumur hidup awak pun saya sanggup.

KR: Mak aiihh! Tebal sangat ke wallet awak tu sampai sanggup belanja saya seumur hidup??

Lelaki! Manis berkata-kata tapi buatnya..Harrammm jadah.

PZ: Memanglah tebal. Sebab penuh dengan surat pajak gadai. Hehehe

E'eh, loyar buruk pula mamat ni. 

KR: Hahahaha..Lawaknyaa. Sampai saya rasa macam nak muntah je. 

Jawabku  jelek. Menyampah aku dengan loyar buruk dia tu.

PZ: Eh, tak baik awak cakap macam tu kat saya. 
Kesian saya, wak. Saya ikhlas nak berkawan
dengan awak. 

Eecececece.. Nak psiko aku lah tu. Maaflah cik abang oi, aku tak boleh nampaklah keikhlasan kau tu.
Cikgu Matematik Tambahan aku pernah berpesan "Jangan percaya sangat dengan lelaki yang kita kenali melalui internet." Biasalah, internet ni kadangkala penuh dengan kebohongan.

KR: Sorry.. Saya tak nampaklah keihklasan awak tu. (^_~)

PZ: Tak nampak?? Ambillah kapak, belahlah dada ayam! 

KR: Kenapa belah dada ayam pula?

Selalunya orang cakap, "Ambillah kapak, belahlah dada kanda, wahai adinda".

PZ: Habis tu? Takkanlah nak belah dada saya pula? Saya nak hidup lagi. 
Kalau belah dada saya, tak dapat saya nak beristerikan awak. Hehehe.

Ternganga aku membaca mesejnya. Beristerikan aku?? Eh, sewel ke apa mamat ni? 

KR: suka suki hati awak je nak cakap macam tu, kan? 
Tak nak saya bersuamikan awak!

PZ: Eh, awak tak boleh cakap macam tu. Kalau dah takdir yang saya ni jodoh awak, 
takkan awak nak menafikannya pulak,kan?

Errrkkk...Ya tak ya juga. 

KR: Kalau dah jodoh tu, saya tak boleh nak kata apalah. Saya terima jelah.

PZ: Hahahahahahahahhahahahaahahahahahaha!!! Saya menang!!
So, bolehlah saya berkenalan dengan awak, ya?

Huih! Sukanya dia macam tak ingat alam semesta je.

KR: Urm.. 

Jawabku pendek. Masih bengang dengan kemenangan yang dimilikinya.

PZ: Awak tinggal kat mana sekarang?

KR: Kat atas bumi Allah yang subur menghijau.

PZ: Jawablah betul-betul. Main-main pulak awak ni!

KR: Betullah. Takkan saya duduk kat Pluto pulak.

PZ: ????????????????

Hahahahaha.. Sakit hatilah tu dengan jawapan aku.

KR: Okeylah. Sekarang ni saya tinggal kat Bangsar.

PZ: 0o0o0.. Memang asal dari Bangsar ke?

KR: Taklah. Yang saya tahu, saya berasal dari rahim ibu saya.

PZ: tengok tu! Suka sangat loyar buruk.

Kr: Yelah,yelah. Saya asal dari Kampung Bukit Bangkong.

PZ: Kat mana tu? Ha!! Jangan nak loyar buruk lagi.

Hahahahaha. Baru nak loyar buruk, dah dapat amaran.

KR: dekat Sepang. Tak jauh dari F1 Circuit dan KLIA.

PZ: Oh! Awak selalu pergi KLIA??

 Ha??!! Apa punya soalanlah dia ni

KR: Errr..selalulah jugak. Kadang-kadang hantar saudara mara yang belajar kat oversea. 

PZ: Kalau macam tu, mesti selalu jumpa pilot ,kan?

KR: Mestilah! 

PZ: Pilot ni kacak dan bergaya,kan? Hehehehe

KR: Memanglah.. Tapi, perangai..Harrammm.. Semua tak boleh pakai.
Dahlah playboy!! Huh!! Menyampah mak, nyah! Hahaha

PZ: Eh, tak semua pilot macam tu. Ada juga yang baik.

KR: Mungkin..seorang daripada 100 orang.

PZ: at least, ada jugak. Kenapa awak menyampah sangat dengan pilot?

KR: Banyak novel yang saya baca tentang pilot. Kebanyakannya cerita buruk tentang pilot. 
Drama-drama pun macam tu jugak.

PZ: awak ni! Percaya sangat dengan cerita rekaan macam tu. Percayalah cakap saya,
tak semua pilot macam tu. Ada jugak yang baik dalam segenap aspek.

KR: Okey, saya akan tunggu pilot yang macam tu. Kalau memang ada pilot 
yang masih lagi baik, berakhlak dan berpegang teguh dengan agama. Saya akan...urmmm...
Saya belanja awak makan dan tengok wayang!
Awak boleh pilih nak makan apa dan nak tengok filem apa.

PZ: Best nya hadiah! Hahaha. Tengok wayang??!! Tak naklah!! Setakat tiket wayang, 
panggung wayang pun saya mampu nak beli. Makan??!! Saya masih mampu lagi nak beli makanan.
Nak hadiah lain!!

Uiikk!! Takbur sungguh mamat ni.

KR: Habis tu?? Awak nak apa? Jangan cakap yang awak nak Airbus sebiji!

PZ: Hahahaha.. Kalau ye??

KR: Eley..macam awak boleh bawa!

PZ: Macam nilah. Kalau awak dapat jumpa dengan pilot macam tu, awak kena date dengan saya! 
Semuanya saya belanja. Terutamanya bab makan. Awak suka kalau orang belanja makan, kan?hihihi

Errr...mana mamat ni tahu? Buat malu je.

KR: Hehehehe...

Kau cinta pertamaku...
Kau cinta terakhirku..
Tiada apa yang bisa menafikan..
Kasih kita..

Telefon bimbitku berdering. Aku melihat nama yang tertera di skrin telefonku. Yeay! Dia telefonlah!
Siapa? Dia my dear lah! Hehehehe. Dah lama tak dengar suara dia sebab dia terpaksa keluar outstation di Dubai selama seminggu..

"Assalamualaikum..." Ucapnya girang.

"Waalaikumussalam.." Kalau dia girang, aku lagilah girang-girang. Ada ke perkataan tu?? Hehehe

Aku terus meninggalkan si Putera Zadora. Daripada layan dia, lebih baik aku layan buah hati aku. Hahahaha.. 

Nantikan sambungannya...

Friday, April 8, 2011

Kau Takdirku...{part 2}

Posted by Cek Aniz at 10:36:00 PM 9 Strawberry Utk Dipetik

Haish! Malam ni susah nak lelap mata pula. Masih terbayang-bayang senyuman Abang Hariz dan kemesraannya padaku. Bayangkanlah, orang yang  kita suka tiba-tiba mesra dengan kita. Bayangkanlah..Aku rasa kamu semua mesti faham macam mana rasanya kan??

Selepas makan tengahari tadi, aku terus sahaja meminta diri untuk pulang ke rumah. Sakit hati aku apabila melihat Kak Isma yang sentiasa mengekori Abang Hariz ke mana sahaja. Aku sebenarnya tak nak menaruh perasaan lebih-lebih pada Abang Hariz. Kalau tak silap aku, dia dah ada kekasih hati. Siapa pula nama kakak tu ya? Ermmm, err...hah! Kak Nuril! Kak Nuril tu merupakan kawan baik kakak angkatku iaitu Kak Safi. Kak Safi tu bekas kekasih abang aku, Fikry. Aduh, banyak sangat kakak! Serabut nama aku nak memperkenalkan mereka.

Aku membelek-belek bajuku yang di dalam almari. Besok nak pakai baju yang mana satu ya? Mataku tertancap pada jubah labuh yang berwarna ungu gelap. Dah lama tak pakai jubah. Asyik pakai baju kurung je, kali ni pakai  jubah lah pula. Kebetulan, majlis besok bertemakan warna ungu lembut.

************************************
Jam sudah menunjukkan pukul 9.00 pagi. Ibu, ayah, nenek dan saudara maraku yang lain sudah pergi ke rumah Wak Halim. Aku membelek tudungku di cermin sebelum keluar dari bilikku. Nak pergi bertemu orang, mestilah dengan penuh keyakinan. Biarlah first impression orang pada kita tu baik sahaja. Huhuhu

"Eh, Kak Isma tak pergi lagi ke?" Soalku yang sedikit terkejut dengan kehadiran Kak Isma di muka pintu.

"Akak nak tunggu adik." Jawabnya sambil tersenyum.

Huish! Cantiknya kakak aku yang seorang ni. Tapi, cantik lagi kakak sepupu aku yang lagi sati iaitu Kak Najwa. Aku memang kagum sangat dengan Kak Najwa ni. Superb lah! Kak Najwa memang cantik sangat. Pandai memasak, uruskan hal-hal rumahtangga. Senang cakap, macam-macamlah dia boleh buat. Untunglah siapa yang jadi suami dia nanti.

Tiba-tiba, muncul Kak Najwa di muka pintu. Panjang umur Kak Najwa.

"Adik! Cepatlah. Nanti nenek marah pula." Uiikk, aku pula yang kena? Yang kakak berdua ni gatal nak tunggu aku tu , kenapa?

"Yelah!"

Kami menaiki Perodua Myvi ku yang berwarna Hijau lembut. Hadiah daripada Abah sebab aku dapat masuk Universiti. Aku mintak motor je, tapi dapat kereta pula. Dah rezeki kan, aku ambil jelah. Heheeh.

Datang-datang je aku terus ditarik oleh seseorang. Ish, siapa pula nak main tarik-tarik dengan aku ni?

"Kak Rifqah! Kenal tak dekat orang?" Errr...siapa ni ye? Oh ye! Dia ni adik sepupu Abang Hariz. Kami rapat dalam Facebook je. Di alam realiti belum rapat lagi. Huhu.

"Eh! Hana kan? Maaflah, akak tak sedar lah tadi." Kami terus berlaga-lagi pipi. Gaya macam dah rapat sangat je.

"Akak, jom ambil gambar dengan kami! Teringin nak bergambar dengan kakak kita yang comel ni." Hana memang macam ni tau. Suka sangat puji aku sampai kembang semangkuk. Aku sekadar menurut. Dah orang nak ambil gambar dengan kita kan? Takkan nak menolak pula.

Kami bergambar sakan di atas pelamin. Sebelum pengantin duduk, kami rasmikanlah dulu. Tiba-tiba Abang Hariz muncul. Alamak! Ni yang buat dada aku berdegup kencang. Ya Allah! Tenangkanlah hati hambamu ini.

"Eh, Abang Hariz! Marilah bergambar. Duduk kat sebelah kak Rifqah." Arah Hana. E'eh, suka suki hati je budak ni nak suruh Abang Hariz duduk sebelah aku. Aku malu tau tak?!

Abang Hariz menghadiahkan senyuman manisnya padaku. Kacamata yang dipakai menambahkan lagi kekacakan yang dimiliki. Kata Kak Safi, Abang Hariz tak kacak! Sampai hati Kak Safi!

Abang Hariz terus duduk di sebelahku. Sedikit pun tidak kekok dan janggal.

"Kenapa  malam tadi Ayu tak datang?" Bisiknya perlahan. Ayu?? Oh,die nak panggil aku Ayu Raudhah ek.

"Errr...kehadiran Ayu tidak diperlukan." Aku sekadar memandang ke lantai.

"Siapa kata tak diperlukan? Semalam, abang tunggu je Ayu datang." Dia menantikan kedatangan aku? Huh, macam tak percaya je.

Aku diam tanpa menjawab kata-katanya. Dia lain macamlah hari ni.

"Bila kita nak duduk kat atas pelamin ni?" Bisiknya penuh makna.

"Laa, kan kita dah duduk atas pelamin ni." Apalah Abang Hariz ni.

"Maksud abang, orang yang meraikan kita duduk atas pelamin ni dan saat tu dah ada ikatan yang sah." Erkk, lain macam je kata-kata Abang Hariz ni. Takkan lah! Takkanlah dia dah suka kat aku kot?

"Abang dah jatuh sayang pada Ayu!" Gulp! Jantungku seakan-akan berhenti daripada berdegup.

"Ish, Apa yang abang merepek ni?" Ujarku untuk menutup malu. Nasib baik Hana tak dengar. Kalau tidak, buat malu aku je.

"Abang dengan Kak Rifqah nampak sepadanlah! Dahlah pakai baju sama warna." Usik Hana menyedarkan kami berdua daripada terus melayan perasaan.

A'ahlah. Baru aku perasan yang Abang Hariz memakai baju kemeja lengan panjang. Kemejanya mempunyai jalur-jalur hitam yang kecil dan warna kemejanya sedondon dengan warna jubahku.

"Eh, macam dah berjanji pula kita ni ya?" Aku segera menukar topik.

"Itu yang dinamakan jodoh!" Jerit Hana.

JAM menunjukkan pukul 2.00 petang. Sedari tadi lagi aku belum menjamah sedikit makanan pun. Pasangan pengantin sedang sibuk bergambar. Tiba-tiba aku berangan, macam manalah kalau aku kahwin nanti ya? Aku akan suruh suamiku menempah jurugambar profesional dan juga CST Production. I love CST Production!!!

Aku beratur bersama-sama tetamu yang lain untuk mengambil makanan. Laparnya! Aku meletakkan sedikit rendang daging dan ayam masak sambal di dalam pingganku.

Mataku melilau mencari tempat duduk yang kosong. Alhamdulillah! Ada sebuah meja yang tidak ada orang.
Seusai membaca doa makan, aku terus menyuap nasi ke dalam mulutku tanpa menghiraukan orang di sekeliling.

"Sedapnya Cik Ayu makan! Boleh suap abang sikit?" Ish, kenapalah dia suka sangat kacau aku masa-masa macam ni? Asal makan je, dia muncul. Asal minum je, dia muncul.

"Nak ke? Buka mulut tu luas-luas."  Usikku. Mengada-ngada pula Abang Hariz ni.

Abang Hariz tersenyum. Menggeleng-gelengkan kepalanya. Walaupun hubungan kami baru 'mesra' tapi aku berasa sangat gembira berada di sisinya. Abang Hariz sentiasa melayanku dengan baik dan istimewa. Apabila memikirkan kami yang bakal berpisah sebentar lagi, rasa sedih pula.

Aku mengeluh perlahan. Melepaskan rasa yang berbuku di hati.

"Kenapa mengeluh?" Soalnya. Kedengaran begitu lembut sekali.

"Errr..tak ada apa-apa. Saje je." Aku cuba berselindung.

"Ayu fikir pasal 'kita' ke? Sedih nak berpisah dengan abang ya?" Ya!! Ikutkan hati nak je jawab macam tu namun, lidahku kelu seribu bahasa.

"Bagi abang telefon Ayu!" Arahnya. Sedikit tegas.

"Nak telefon apa? Public phone atau handphone?"

Abang Hariz mengangkat keningnya ala-ala Ziana Zain. Marahlah tu kononnya. Aku segera mengeluarkan e71 milikku.

Satu persatu punat telefon bimbitku ditekannya. Berkerut dahiku melihat gelagatnya. 'Kring..kring..kring.'
Pantas Abang Hariz mengeluarkan iphone 4 dari poket seluarnya.

"Okey! Abang dah dapat nombor Ayu dan Ayu dah dapat nombor telefon abang. Lepas ni, bolehlah kita terus berhubung." Abang Hariz tersenyum puas. Jauh di sudut hati, aku juga berasa puas dan gembira.

"Terima kasih Abang Hariz!" Ucapku penuh keikhlasan.

"Oh ya! Abang kerja apa sekarang ni?" Soalku. Mahu menghalau suasana sepi antara kami.

"Kerja biasa je. Tolong orang bina rumah." Jawabnya selamba.

"Ermm, tukang kayu?" Aku meneka.

"Bukanlah! Abang kerja sebagai arkitek je." Mak aih! Macam tak bersyukur je dengan pekerjaan yang dia miliki.

"Uiih! seornoknya klau dapat kerja macam abang!" Aku memang teruja dengan kerjayanya. Masa kecil dahulu, aku punya keinginan untuk menjadi seorang arkitek tapi entah macam mana aku boleh terpesong ke arah perniagaan. Itulah yang dinamakan takdir. Kita hanya mampu merancang namun, Allah telah menyusun atur segalanya.

Nantikan sambungannya....(^_~)

Tuesday, April 5, 2011

Kau Takdirku...{part 1}

Posted by Cek Aniz at 3:05:00 AM 7 Strawberry Utk Dipetik

Aku baru sahaja selesai berbual dengan ibu ditelefon bimbit. Ingatkan ibu telefon sebab rindu pada aku, rupa-rupanya dengan tujuan untuk menyuruh aku pulang ke kampung. Katanya ada saudara rapatku yang mengadakan majlis perkahwinan. Terkejut aku bila ibu menyatakan yang anak lelaki Wak Rahimah dan Wak Halim hendak mendirikan rumahtangga. Untuk pengetahuan, aku seorang gadis Jawa, jadi panggilan 'Wak'  sudah tidak asing lagi dalam hidupku.

Eh, lari cerita pula! Lega hatiku apabila ibu menyatakan bahawa anak kedua mereka yang akan mendirikan rumahtangga. Alhamdulillah... Sebenarnya, err..aku meminati salah seorang daripada anak mereka. Sejak sekolah rendah lagi aku meminatinya. Sebab aku minat padanya adalah kerana dia pandai bermain bola sepak dan apa yang lebih penting, dia atlet badminton di sekolah dulu.

Setiap kali kami bertemu, pasti aku akan curi-curi memandangnya. Macam gatallah pula. Nak cakap macam mana ya? Aku sangat suka meneliti raut wajahnya. Wajahnya kacak ala-ala cina,bermata sepet dan berkacamata. Aku sangat tertarik dengan ketinggian yang dimilikinya. Sangat tinggi daripada ketinggian aku. Yelah, ketinggian aku hanya 163 cm sahaja.

******************************************

Aku sibuk memotong bawang untuk dijadikan rencah masakan. Sejak pukul lapan pagi lagi aku sudah bertandang di rumah Wak Rahimah ini. Yelah, nak ambil hati bakal mak mertua, kenalah tunjuk muka. Hehehe.
Tak adalah, sebenarnya aku kena paksa dengan nenek dan ibuku. Aku ingat nak datang tolong masa hari ahad je nanti tapi, tak pasal-pasal kena heret hari ni. Nak tak nak, kenalah juga ikut. Kakak sepupuku juga tiba-tiba sahaja memaksa aku untuk pergi sekali. Katanya supaya aku boleh menjadi temannya nanti. Entah apalah yang dia takut sangat sampai nak berteman-teman.

Haissh, tekak ni rasa hauslah pula. Aku terus meluru ke dalam dapur. Bersinar-sinar mataku tatkala melihat air teh o ais limau di dalam jag. Aku ambil gelas yang sudah ada di atas meja lantas menuang air ke dalam gelasku.

"Haus sangat ke??" Tegur satu suara.

"Ha'ah! Ada air teh o ais limau pulak tu." Ujarku tanpa menoleh ke arah suara tersebut.

"Untuk abang tak ada ke?"   Abang?? Abang mana pula ni? Perlahan-lahan aku menoleh ke belakang.

Gulp! Dialah! Macam manalah aku boleh tak perasan pula ni?! Malunya aku!

"Err..ada banyak lagi ni. Nak satu jag pun tak apa." Pantas tanganku menuangkan air untuknya lantas menghulurkan padanya. Tunjuk baiklah konon. Eh, aku memang baik apa!

"Terima kasih" Ujarnya lantas tersenyum manis. Abang Hariz, janganlah senyum macam tu. Ketaq lutut cek tau! Hehehe
Aku bangun untuk pergi ke singki. Belum sempat memulakan langkah, Abang Hariz menahanku.
"Eh, takkan dah nak pergi kot? Duduklah dulu." Hah? Apa kena dengan dia ni?

"Errr..Rifqah nak..."

"Duduklah dulu dengan abang. Tak kesian ke tengok abang duduk sini sorang-sorang?" Suara dan raut wajahnya seakan-akan memohon simpati daripada aku.

"Kejaplah. Rifqah belum habis cakap lagi. Rifqah nak pergi singki kejap. Nak basuh cawan ni." Serentak aku bangun membasuh cawanku.

Aku berjalan ke arahnya yang masih meneguk air di gelasnya. Matanya tidak lepas daripada memandangku.

"Siapa nama adik ek?" Soalnya tiba-tiba. Ternganga aku mendengar soalannya. Macam tak ada soalan lain je yang boleh ditanya.

"Nak nama masa sekolah tadika atau nak nama masa sekolah menengah?" Soalannya aku jawab dengan soalan.

"Kalau boleh dua-dua."

"Masa tadika, orang panggil Karmila. Masa sekolah menengah orang panggil Rifqah. Bila dah masuk universiti, baru sedar nama adik sebenarnya Karmila Rifqah." Jawabku sambil tersengih seperti kerang busuk.

"Main-main pula adik ni!" Mukanya dibuat-buat marah. Eleh, ingat aku takut ke?

"Betullah! Bila masa pula adik main-main ni?"

"Yelah,yelah. Habis tu nak panggil apa ni?"

"Suka hati abanglah. Nak panggil Siti Nurhaliza boleh, Ayu Rhaudah pun boleh juga." Jawabku dengan muka yang tidak berperasaan.

"Kalau abang panggil adik, Ayu Rhaudah. Boleh abang jadi Zaquan Adha?" Dia menghadiahkan aku dengan senyumannya yang menggoda. Ya Allah, kuatkanlah hatiku. Jangan sesekali kau lalaikan aku dengan senyumannya yang mampu menggoyahkan hatiku.

"Apahal pula abang nak jadi Zaquan Adha? Bukannya handsome sangat pun dia tu. Abang lagi handsome daripada dia!" Alamak! Apasal lah celupar sangat mulut aku ni? Tak pasal-pasal kembang hidung dia.

"Ya ke, abang handsome?" Uiikkk, ni macam soalan cepugangsa je. Cukup-cukuplah sekali aku cakap. Berapa kali aku nak ulang suara?

Aku sekadar mengangguk. Malas nak buka mulut sebenarnya.

Tiba-tiba aku terlihat kakak sepupuku yang tercegat di muka pintu. Mesti Kak Isma Nampak aku dengan Abang Hariz. Cemburu ke dia? Untuk pengetahuan pembaca, Kak Isma pun meminati Abang Hariz. Kadang-kadang aku tengok gelagat Kak Isma dah macam 'stalker' Abang Hariz. Lucu pun ada juga dengan perangai dia tu.

"Kak Isma! Marilah masuk. Minum sekali dengan Abang Hariz ni. Akak suka kan kalau ada Abang Hariz?" Usikku.

Kak Isma berjalan dengan lenggoknya sambil tersengih-sengih malu.

Mak aiihh! Tak segan sungguh kakak aku yang seorang ni. Aku sekadar menggeleng-gelengkan kepalaku.

"Ermm, Rifqah keluar dulu ya? Tak nak kacau daunlah. Kak Isma berbual-buallah dengan Abang Hariz. Manalah tahu, lepas ni giliran Abang Hariz dengan Kak Isma pula ke nak langsung majlis." Usikku sambil ketawa terkekek-kekek. Luar je ketawa, dalam hati ni. Allah jelah yang tahu.

Terkulat-kulat Abang Haris tatkala aku meninggalkan mereka berdua. Abang sepupuku, Fikry pernah memberitahu yang Abang Hariz tidak suka dengan Kak Isma. Katanya terlalu menggedik. Err, itu aku akui tapi, Kak Isma tu baik. Sebelum keluar, sempat mataku bertembung dengan mata Abang Hariz. Berdegup kencang jantungku. Cepat-cepat aku mamakai seliparku dan terus pergi ke khemah 'rewang'.

Nantikan sambungannya..........................

[ Rewang : gotong-royong/tolong-menolong ]

Teh O Ais Limau Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review