Tuesday, February 14, 2012

A Friendship not A Price Tag.. (tajuk sangat tak ada kena mengena)

Posted by Cek Aniz at 9:37:00 PM 1 Strawberry Utk Dipetik Links to this post
Sebenarnya, dah lama saya nak cerita tentang siapa awak di hati saya. Tapi, tak pernah berkesempatan nak tulis. Mungkin inilah waktu dan saatnya.

Sebelum ini, saya tak pernah sekalipun berharap agar kita di pertemukan.
Mungkin disebabkan cara hidup dan latar belakang yang berbeza-beza telah 
membuatkan kita tidak punya keinginan untuk mengenali antara satu sama lain.

Bila diimbau kembali ke masa lalu.
Memang lucu cara kita berkenalan.
Kita sering bergaduh tanpa ada sebab yang jelas.
Mungkin itu semua bisikan syaitan yang mahukan anak adam dan hawa sentiasa berpecah belah dalam hidup.

Kita mengambil masa yang panjang untuk mengenali antara satu sama lain.
Adakalanya, terbit perasaan kurang senang pada diri awak.
Tapi, sebagai manusia yang juga punya kekurangan diri,
saya cuba belajar untuk menerima.
Kerana di dalam sebuah perhubungan...
Kita perlu mengamalkan sikap 'give and take' agar sama-sama berasa adil.

Bila saya memikirkan bagaimana hidup saya tanpa awak..
Sudah cukup untuk membuatkan airmata saya mengalir tanpa henti.
Siapa yang hendak mendengar luahan hati saya sebagai seorang gadis yang punya 
banyak keinginan dan impian.
Siapa yang hendak menjadi tongkat sakti sewaktu saya ingin rebah ke bumi.
Siapa yang hendak meniupkan semangat sewaktu saya mempunyai  rasa rendah diri yang terlalu rendah.

Awak sentiasa menerima segala kekurangan yang saya punya.
Walaupun awak bersaiz M..
Tetapi, awak tak pernah sisihkan saya yang bersaiz XXL.
Walaupun awak berketerampilan menarik..
Tetapi, awak tak pernah sishkan saya yang berketerampilan kurang menarik.
Saya terlalu banyak kekurangan jika hendak dibandingkan dengan awak.
Adakalanya, saya rasa takut..
Takut jika awak malu untuk bersama-sama saya di hadapan masyarakat.
Masyarakat yang tak pernah lelah untuk berkata tentang keburukan orang.

Memang benarlah orang kata, 
Perhubungan yang ikhlas sudah tentu datang dari hati yang sedia menerima kekurangan dan kebaikan.
Jika antara kita hanya melihat pada keburukan,
sudah tentu tugu perhubungan yang kita bina tidak akan mampu menandingini
ketinggian lalang sekalipun.

Awak...
Terima kasih atas persahabatan yang telah terlukis dalam kanvas kehidupan kita.
Walaupun kanvas itu akan hilang suatu hari nanti.
Biarlah lukisan di atas kanvas itu akan terus tersemat di dalam ingatan.
Awak antara lukisan terindah yang pernah saya lihat dan miliki.

Jika suatu hari nanti kita menjadi musuh yang tidak mahu bertegur sapa.
Janganlah awak lupa bahawa saya adalah musuh yang akan sentisasa menyayangi awak.

 Awak...
Terima kasih kerana telah menjadi sahabat yang bukan hanya pandai berkata-kata tentang persahabatan.
Namun juga, sahabat yang sentiasa mengamalkan prinsip sebenar dalam sebuah persahabatan.
Terima kasih atas kebahagiaan yang pernah awak berikan.
Terima kasih atas tangisan yang pernah awak berikan.
Terima kasih atas ilmu yang telah disalurkan.

Saya tidak mengharapkan hadiah segunung berlian untuk persahabatan kita.
Cukuplah sekadar doa, al-Fatihah dan Yasin kerana..
ianya mampu menjadi hadiah terindah buat saya...

Khas buat semua sahabat saya, terutamanya Cik Kodox & Mokcik Lynda.

Friday, December 30, 2011

Setelah 14 tahun...

Posted by Cek Aniz at 10:39:00 PM 0 Strawberry Utk Dipetik Links to this post
Setelah 14 tahun??
Ada apa dengan 14 tahun? Adakah 14 tahun menanti cinta?
Oh tidakk..tidakk..

Just wanna say yang dah 14 tahun aku tak menjejakkan kaki ke Tanah Tinggi Cameron Highlands.
Fine..bunyinya memang sangat ketinggalan tapi nak buat macam mana. Dah abah kurang minat nak pergi. Aku terpaksalah ikut.

Aku conclude Cameron Highlands sebagai tempat yang sangat mententeramkan jiwa dan raga. Ecewwah! But, seriously..Cameron mempunyai suasana dan udara yang bersih dan nyaman.
No wonder lah kenapa orang suka honeymoon dekat Cameron. *kegatalan melampau sudah tiba.

Feeling-feeling ada someone bagi sejambak mawar. Ahakkss!!

She is awesome!! Proud to be her daughter!

Bunga apa ni?
pleasee....don't ask me...lalala =P

Love this pic so much!
Don't know why..but, i really love it..

Cenderamata yg menggoda dengan harga yg sangat mencekik darah.

Yee..aku sangat addict dengan benda alahai ni!
Memang nampak macam kanak-kanak riang..
Tapi itu lah aku..
"Aku tetap aku"

Pesanan Penaja:

"Jadilah diri sendiri..tanpa terikut-ikut dengan gaya hidup orang lain yang hanya indah di mata, namun seksa di jiwa.."

Wednesday, December 28, 2011

Cabaran mengajar kita untuk menghargai hidup..

Posted by Cek Aniz at 10:27:00 AM 1 Strawberry Utk Dipetik Links to this post
Assalamualaikum w.b.t.. 
Lama dah rasanya meng'hupdate' blog aku. Meng'hupdate' means update..hehehe..
Dengan ini aku mengisytiharkan yang aku post entry ni bukan dari PC kesayangan aku tapi dekat rumah pakcik aku. So, sekarang ni location aku dekat Bandar Sunway Semenyih. 
Ada viewers yang tinggal kat sini?? Tolonglah komen.. Boleh jadi kawan aku..hekhekhek

Bila hidup tanpa ummi dan abah, barulah aku belajar macam mana nak menghadapi cabaran dalam hidup. Mungkin dulu aku takut dengan cabaran hidup..
tapi, macam yang pakcik aku cakap, "hidup kita tak dapat lari daripada cabaran. Nak tak nak, kenalah hadapi juga. Barulah boleh jadi manusia!" 
hidup mesti kental, beb!

Kat sini aku belajar macam mana nak manage duit dengan baik. 
Aku dah tak terfikir nak beli benda yang bukan-bukan. 
Sekarang baru aku realize,betapa susahnya ummi dan abah nak cari duit untuk memberi keselesaan dan kesenangan hidup untuk aku. 

Sometimes, aku terfikir macam mana dengan kehidupan anak-anak aku nanti? 
Mampukah aku sediakan segalanya untuk anak-anak aku? 
Sekarang, aku terfikir yang wishlist wanita untuk memiliki suami yang baik dan berpendapatan yang lumayan memang sangat relevan! 
Wanita bukan fikir untuk diri diorang tetapi, untuk masa depan anak-anak diorang. 
Tapi, janganlah kahwin sebab harta pulak. Itu belum tentu bahagia. 

Amboi, Pakcik Google memang tak sayang duit sungguh!

Tadi ummi call, then dia cakap yang dia terbayang-bayang aku kat sekitar rumah. 
Atoyaii, ummi buat rasa rindu aku pada dia bertambah-tambah. 
Buat seketika, aku teringatkan sahabat kesayangan aku, Cek Naja. 
Macam mana dia adapt bila ibu dia dah tak ada lagi. Aku belum tentu mampu jadi sekuat dia.

Alhamdulillah, aku seronok kat sini. Semuanya ada depan mata. 
Nak tesco, billion, giant..
McDonald, KFC..kedai mamak Mehraj..semuanya tinggal tunjuk.
Pakcik dan makcik aku memang sporting habis!
Nasib baik aku tak berapa nak pandai main PS 2 pakcik aku..
Kalau tak, dah lama aku lenjan!

Pesanan Penaja:

"Aku rasa janggal sebab orang panggil aku 'Ustazah Anis'..sedap  tak? Ahakss! "

Wednesday, December 21, 2011

Riwayat sebagai pelajar sekolah menengah...

Posted by Cek Aniz at 9:06:00 AM 1 Strawberry Utk Dipetik Links to this post

Alhamdulillah.. Tamatnya SPM aku pada 29/11 hari tu bermakna tamatlah perjalanan hidup aku sebagai seorang pelajar sekolah menengah. Masa kecik dulu, aku sering tertanya-tanya. Bila nak habis sekolah ni?? Sekarang baru lah aku realize yang aku memang tak patut tanya soalan macam tu. Memang sayang rasanya nak tinggalkan sekolah menengah.

Walaupun sekolah aku tak sehebat Seri Puteri, Kolej Tunku Kurshiah.. but, i'm still proud of my Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Rawang.

Terima kasih kepada SMK Sungai Rawang kerana telah menjadikan saya seseorang yang beridentiti diri.
Sekurang-kurangnye, dapatlah aku naikkan nama SMK Sungai Rawang walaupun tak seberapa. Ahakkss!

Aku cuma mampu menjadi seorang ketua pelajar, juara pidato Puteri Islam peringkat daerah Sepang, johan Syarahan agama daerah sepang.. itu jelah yang aku mampu. Apapun, Alhamdulillah..

Lepas ni, tiada lagi buku rujukan Fizik dan Kimia yang tebal-tebal. Tak ada lagi buku ICT yang berbelit-belit.  Akan merindui saat-saat manis di SMK Sungai Rawang...

Pesanan Penaja:

kawan-kawan di kelas 5 Science
(cbe kira ada brape bnyk pengwas??) hehe

Saturday, August 20, 2011

Terima Kasih...

Posted by Cek Aniz at 4:53:00 PM 1 Strawberry Utk Dipetik Links to this post

Dialah yang teristimewa dalam hidup aku..
Tiada insan lain di hati..
Selain daripada dia..

Dalam hidup aku..
Ada banyak benda yang bisa membuat aku menitiskan airmata,
Namun, hanya dirinya..
Yang mampu buat aku menitiskan airmata dengan seikhlas hatiku..

Jika terpisah walau sesaat sekalipun..
Aku sudah risau..
Seolah-olah menjadi insan yang berada di tengah laut..
Mencari tebing yang berada jauh beribu batu..

Walaupun dia tidak bijak seperti Professor dan Doktor..
Tidak tinggi pengetahuan agamanya laksana Ustaz dan Ustazah..
Namun, sepasang tangannya sudah mampu untuk menjadikan aku,
Pelajar yang mengenal A,B,C dan 1,2,3..
Manusia yang mengenal Alif, Ba, dan Ta..
Biarpun ajarannya tegas bak Angkatan Tentera Malaysia..

Aku mencintai segala-galanya tentang dia..
Cara dia berkata-kata...
Tatasusilanya sewaktu makan.. Penuh kesopanan..
Kesabaran dan kekuatan yang sering disalurkan kepadaku..

Cuma satu pesanannya...
Pesanan yang tidak pernah putus dari bibirnya...
Menginginkan aku untuk memasuki universiti..

A picture can tell a thousand of word but, there's only a word to describe you that is..LOVE!

"Terima Kasih Ummi! "

Pesanan Penaja:

"Alangkah bagusnya jika ummi boleh membaca nukilan anakmu ini. Namun, kekurangan pengetahuanmu dalam IT menghalang segalanya.."

Saturday, August 6, 2011

Kau Takdirku...{Part Akhir}

Posted by Cek Aniz at 10:59:00 AM 0 Strawberry Utk Dipetik Links to this post

Ibu dan ayah Abang Zafril baru sahaja pulang. Sebentar tadi, mereka bertandang ke rumahku untuk berbincang mengenai perkahwinan aku dengan Abang Zafril yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Tidak lama lagi aku bakal menjadi isteri kepada seorang lelaki bernama Syed Irfan Zafril. Begitu pantas masa berlalu tanpa kita sedar sedikit pun.

Majlis pertunangan dan pernikahan kami terpaksa dilangsungkan serentak sebelum bulan puasa. Ini kerana ibu dan ayah Abang Zafril perlu ke Dubai untuk menyelesaikan perniagaan mereka di sana dan menurut jadual, majlis resepsi kami akan berlangsung pada 31 Disember.

Kami sekadar membuat persiapan apa yang patut sahaja. Bagi aku, tidak perlu sirih junjung ke langit, kasut atau beg tangan mahal mengalahkan harga sebiji kereta.

*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
 Aku sekadar mengenakan sehelai jubah labuh berwarna putih yang dihiasi manik. Aku turut mengenakan sehelai tudung labuh berwarna putih disertakan sehelai veil berkerawang.

Alhamdulillah! Dengan sekali lafaz sahaja aku telah sah bergelar isteri kepada Syed Irfan Zafril dengan berwalikan abah. Perasaanku saat saksi menyebut 'sah' menjadi berbaur-baur. Sedih, gembira, bahagia dan keliru tidak dapat aku kesan. Namun yang pasti, saat ini aku sangat bahagia.

Selesai menunaikan solat sunat selepas nikah, Abang Zafril datang ke arahku untuk menyarungkan cincin di jari manisku. Perlahan-lahan dia menyarungkan cincin emas putih yang bertatahkan berlian di jariku. Lantas, Abang Zafril mencium dahiku. Syahdunya ku rasakan.

Sempat dia berbisik di telingaku, "Terima kasih sayang sebab sudi terima abang sebagai suami sayang. Abang akan cuba untuk menjadi seorang suami dan ayah yang  baik. Abang akan sentiasa lindungi sayang selagi abang mampu." Aku merenung anak matanya. Isteri mana yang tidak terharu jika suaminya berkata sedemikian? Aku pasti, setiap wanita dan isteri mendambakan kata-kata romantis dan janji setia sang suami.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
Walaupun kami mengadakan majlis pernikahan secara kecil-kecilan namun, tetamu yang hadir tidak kurang hebatnya. Boleh jadi wedding of the year ni!

Sedang aku sibuk melayan tetamu yang hadir, Abang Zafril mencuit lenganku lantas matanya di alihkan ke arah sepasang kekasih. "Pergi jumpa dia. Apa pula kata Kak Najwa nanti." Pujuk suamiku.

"Abang temankan sayang, boleh?" Rsa janggal pula bila menggelarkan diri 'sayang'.

"Yelah. Jom!"

Renungan mata Hariz sudah cukup menggambarkan perasaannya saat ini. Eley, ada aku kisah? Sekarang ni aku dah ada suami yang mampu memberi kasih sayang sepenuhnya padaku dan aku tidak memerlukan lelaki sepertinya.

"Hai adik!" Aku dan Kak Najwa saling berpelukan.

"Akak sihat?" Aku sekadar berbasa-basi.

"Alhamdulillah, sihat! Amboi, akak yang bertunang, dia pula yang kahwin dulu ye." Usik kak Najwa.

"Dah sampai seru, nak buat macam mana. Rifqah ni yang tak sabar sangat!" Jawab Abang Zafril. Lengannya aku cubit. Suka-suka hati je jawab macam tu.

"Yelah. Akak doakan semoga Zafril dengan adik akan hidup bahagia selamanya. Zafril! Jaga Rifqah tau! Kalau apa-apa jadi dekat Rifqah, siap Zafril!" Kak Najwa berseloroh. Hariz disebelahnya hanya diam sahaja.

"Kami pun mendoakan semoga Kak Najwa dengan Abang Hariz akan bahagia sehingga ke jinjang pelamin dan bahagia selamanya." Ketenangan suara suamiku membuat aku bersyukur kerana dikurniakan suami sepertinya.

"Amin." Jawab Hariz perlahan.

"Eh, belum makan lagi, kan? Marilah. Jemput makan." Aku mengajak mereka untuk mengisi perut.

Situasi aku ketika ini sangat lega dan tenang namun, aku tidak pasti apakah ketenangan yang telah aku peroleh.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

"Abang, sayang teringin nak makan popia basah." Pintaku pada lelaki yang sudah lebih sebulan menjalankan tanggungjawabnya sebagai suamiku.

"Hurmm.. Kan kita dah beli macam-macam ni, sayang. Takkan nak tambah lagi apa yang ada ni?" Soal suamiku.

"Apa salahnya? Lagipun, kan nanti kita nak berbuka puasa sama-sama dengan ummi,abah, Abang Syafiq, Abang Izhar, Abang Luthfi dengan...." Aku memberhentikan kataku seketika.

"Siapa?" Soal suamiku dengan riak wajah yang cuak.

"Dengan suami sayang yang handsome ni!" Jawabku sambil mencubit lembut hidungnya.

Terbahak-bahak Abang Zafril ketawa. Haish! Buat malu aku je. Yelah, kat Bazar Ramadhan ni, boleh pula dia gelak besar.

~*~*~*~*~*~**~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
Seusai solat tarawih, kami sekeluarga pulang ke rumah. Hingar bingar suasana di rumah ummi dan abah apabila kesemua anaknya berkumpul.

Aku duduk di jendela sambil mengenang kembali saat-saat indah sewaktu kami berempat masih kecil. Dahulu, pada setiap malam, kami akan menolong ummi untuk membuat kuih raya. Sebenarnya bukan tolong ringankan beban ummi tetapi, tolong tambahkan kerunsingan ummi. Kami berempat akan curi-curi ambil doh(adunan kuih) yang ummi buat. Kemudian, kami akan buat main. Konon-konon macam main tanah liat yang warna-warni tu lah. Hehehehe.

"Jauhnya sayang abang ni mengelamun. Abang nak ikut sekali, boleh?" Usik suamiku.

"Baru sampai KLIA. Tiba-tiba je abang datang, terus batalkan flight." Jawabku samil tersengih.

Jauh disudut hati aku ingin berkata, 'walau sejauh mana pun Rifqah pergi, Rifqah akan pastikan yang abang sentiasa ada di sisi Rifqah dan hanya takdir yang boleh memsiahkan kita.'

"Take this" Abang Zafril menghulurkan beg kertas yang berisi sesuatu.

"Apa ni, bang?" Mak aih! Ini mesti dia beli sewaktu bertugas ke Amsterdam kelmarin. Tapi, sewaktu dia pulang kelmarin, dia hanya membawa pulang sebuah beg tangan berjenama Louis Vuitton untuk aku dan beg tangan berjenama Prada untuk Ummi. Aku tak perasan pula akan beg kertas ini.

"Tanya abang nak buat apa? Buka jelah beg kertas tu."

Dengan penuh kelembutan dan berhati-hati, aku membuka beg kertas tersebut.

"Teddy bear?!" Soalku terkejut. Apa mimpi suamiku sehingga hendak membelikan aku sebuah anak patung yang...SANGAT COMEL!. Macam aku lah tu.

"Yelah. Takkan kereta Ferari pula?" Uik, sindir nampak.

"Terima kasih, abang! Ini yang buat sayang semakin menyayangi abang ni! Bertuahnya sayang dapat suami macam abang. Tapi, nak buat apa dengan 'Miss Teddy' ni?"

"Cuba sayang baca, apa yang tertulis atas love  yang ada pada badan 'Miss Teddy' tu?" Arah suamikku.

"Putera Zadora?!!!" Aku membuntangkan mataku lantas, memandang suamiku dengan penuh tanda tanya.

Jawapan yang aku terima daripada suamiku adalah sebuah gelak ketawa yang mampu merobohkan rumah abah.

"Maksudnya, abanglah 'Putera Zadora'?!" Aku mencerunkan mataku.

"Bukanlah! Putera Zadora tu ialah Syed Irfan Zafril!" Hish! Gramnya aku. Sengaja nak mempermainkan aku.

'Miss Teddy' yang aku peluk, aku pukul di badan Abang Zafril sekuat hatiku. Suka-suki hati dia nak mainkan kita, ya?

"Ish! Janganlah sayang! Sakit tau!" Rayuannya aku buat tak endah.

"Ooo.. Fikir dia punya sakita je? Kita punya sakit hati ni, siapa nak fikir?!" Aku meluahkan rasa geramku.

"Abang minta maaf! Abang bergurau je. Sayang tak kesian ke kat 'Miss Teddy' tu? Dia lagi sakit tau!
Jagalah 'Miss Teddy' tu elok-elok. Abang tempah khas untuk sayang." Dia cuba memujuk aku.

Aku melepaskan keluhan. Salah satu kelemahanku sekarang adalah pujukkan daripada suamiku. Suaranya yang tenang, sentiasa melembutkan hati aku yang adakalanya keras mengalahkan batu.

"Yelah,yelah. Tapi, daripada abang bagi pada sayang. Labih baik abang bagi pada anak kita ni." Ujarku sambil menepuk lembut perutku.

Kali ini, mata suamiku pula yang terbuntang. Hehehe. Tu lah, kenakan orang lagi. Sekali dia yang terkena, terus jadi patung bergerak.

"Betul ke ni, yang??!!" Soalnya sungguh-sungguh.

"Betullah! takkan perkara macam ni nak buat main-main pula?!"

"Alhamdulillah! Terima kasih sayang! Terima kasih sangat-sangat! Dah berapa lama?"

Aku sekadar mengangkat 2 jari menandakan 2 minggu.

"Terima kasih Karmila Rifqah! Sesunggungnya, KAU TAKDIRKU yang teristimewa dan yang terindah." Satu ciuman di dahi aku terima daripada suamiku. Terima kasih Syed Zafril Irfan kerana memberiku kebahagiaan yang tidak berbelah bagi.

~*~*~ TAMAT ~*~*~

Terima kasih kepada insan-insan yang memberi inspirasi kepada aku:

Syed Irfan Zafril > Hincik 'CP'
Karmila Rifqah > ????
Hariz Zahwan > Saiful Amri (kawan abang aku)
Safiyati Rhaudhah > Kak Nawal Iffah Syakirah dan Kak Faezah Waheedah.
Hairul Syafiq > Abang Fikry dan Abang Luqman.

Terimalah sekalung penghargaan daripada aku khas buat PARA PEMBACA YANG BEGITU SETIA MENANTI SETIAP  EPISOD "KAU TAKDIRKU". Aku sangat-sangat menghargai kesetiaan korang untuk membaca karya aku. Sayang korang sangat-sangat!!

Sunday, July 10, 2011

Kau Takdirku...{part 7}

Posted by Cek Aniz at 4:11:00 AM 1 Strawberry Utk Dipetik Links to this post
Gambar sumbangan belas ihsan Pak Cik Google..
"Majlis Pertunangan Ashraf Muslim dengan Dayana"

Tidak pernah aku terfikir bahawa membuat keputusan untuk menjadi seorang isteri merupakan satu keputusan yang sangat rumit.
Pelbagai persoalan  bermain di kotak fikiran. Suara hati yang tidak dipinta pula akan semakin merutmitkan suasana.

Dahulu, sewaktu berada di alam sekolah menengah, aku sering membayangkan betapa indahnya hidup berumahtangga. Mempunyai seorang lelaki yang mampu menjadi pelindungku, yang mampu mendengar suka dan dukaku dan juga mampu untuk menjadi imam buatku  pada setiap waktu solat.

Adakah aku mampu untuk menjadi isteri yang solehah? mampukah aku untuk menjadi isteri yang taat dan setia?
Bolehkah aku menyayanginya dengan setulus hati? Kuatkah aku untuk menghadapi dugaan dalam perkahwinan kami nanti? Ya Allah!! Mengapa keputusan ini begitu sukar untuk dilakukan?

Airmataku tiba-tiba sahaja mengalir laju. Aku bersandar di tepi katil. Mengimbau kembali segala perkara sedih dan indah yang pernah berlaku dalam hidupku.

*~*~*~*~*~**~*~*~*~*~**~*~*~**~*~*~*~*~*
Deringan telefon bimbit membuatkan aku terjaga daripada lenaku. Aku memandang ke arah jam di dinding.
MasyaAllah! Dah pukul 3 pagi?! Bila masa pula lah aku terlelap ni? Aku segera memandang lesu telefon bimbitku yang terus menjerit.

"Abang Zafril?" Mataku yang mengantuk terus sahaja terbuka luas.

"Assalamualaikum.." Ucapnya

"Waalaikumussalam." Suasana tiba-tiba menjadi sunyi. Entah mengapa, aku menjadi kelu untuk berbicara. Selalunya kalau dengan Abang Zafril, aku main lepas cakap je.

"Ganggu ke?" Soalnya setelah lebih seminit kami mendiamkan diri. Lantaklah, bil telefon dia yang melambung nanti bukannya aku punya.

"Sangat mengganggu. Ada apa call ni?" Ujarku dengan suara yang tersekat-sekat.

"Saje nak suruh Rifqah bangun. Buat solat istikharah atau solat hajat." Tersentuh hatiku dengan kata-katanya.
Memang sejak dari dahulu lagi, aku sentiasa mendamba seorang lelaki yang sudi  mengejutkan aku daripada lena mimpiku untuk menghadap Allah SWT saat insan lain sedang lena dibuai mimpi indah.

"Oh! terima kasih, abang! I really appreciate it." Ucapku ikhlas.

"Kasihmu diterima, Karmila Rifqah. Macam mana? Rifqah setuju?" Soalnya tiba-tiba. Aku faham, penantian ibarat sebuah penyiksaan.

"Err....abang...sebenarnya..."

"Takpe kalau Rifqah belum boleh beri jawapan lagi. Abang boleh tunggu!" Potongnya.

Haish! Kalau iya pun, tunggulah aku habis cakap. Kata nak jawapan, bila orang nak bagi..Dia potong pula!

"Hurmm, ok lah.. Abang ada flight ni." Jawabnya sayu.

"oh, ye ke? Ke mana?" Entah mengapa hati aku tiba-tiba sebak.

"Perth, maybe a week." Selamba sahaja suaranya.

"Ermm..ok. Take care!" Airmataku seakan-akan mahu turun dengan lebat. Aku sendiri tidak faham dengan perasaanku saat ini.

"InsyaAllah..ok lah.."

Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, aku terlebih dahulu memotong..

"Abang! err...Jangan  menggatal dengan stewardess dalam flight abang nanti ek! Dan jangan lupakan Rifqah!" Errkk...apa yang aku mengarut ni?!

"Ok sayang! Abang takkan buat!" Kedengaran gelak tawanya dihujung talian.

*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

Sudah seminggu Abang Zafril pergi, seminggu jugalah aku terpaksa menanggung rindu yang amat sangat. Sungguh, aku tak pernah merasakan perasaan sebegini.

Seminggu juga aku memikirkan keputusan yang perlu dibuat. Aku sudah teguh dengan keputusan dan pendirianku. Syukur ya Allah atas petunjuk dan hidayah yang kau berikan padaku. Seminggu ini, aku tidak lepas daripada melakukan solat istikharah dan solat sunat tahajjud.

Sebagai manusia, kita harus sedar. Hanya pada Allah sahaja tempat yang bisa kita bergantung harapan dan petunjuk. Allah maha mengetahui dan mengetahui segala-galanya. Yakinlah dengan setiap janji Allah!!! Disebalik setiap ujian Allah, pasti akan digantikan dengan keindahan hikmahNya.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

Setelah menempuh perjalanan hampir satu jam. Akhirnya, aku sampai di kampung halaman tercinta.

"Assalamualaikum..ummi!" Ucapku sebaik sahaja melangkah kaki ke dalam rumah.

"Waalaikumussalam.. Eh, adik! Kenapa balik tak beritahu?" Aku menyalami tangan ummi lantas, mencium wajahnya.

"Saje je. Nak buat suprise untuk ummi." Aku duduk di sofa empuk kesayangan ummi.  Tayangan kartun Doraemon langsung tidak menarik perhatianku saat ini.

Aku memandang ke arah abah yang baru pulang dari masjid. Memang sudah rutin abah untuk menunaikan solat berjemaah di masjid kampung.

"Adik, dah lama sampai?" Soal abah.

"Baru je, bah." Jawabku sambil mencium tangan dan wajahnya. Sama seperti yang aku sering lakukan pada ummi.

"Macam mana, dik? Dah ada jawapannya?" Tiba-tiba sahaja ummi membangkitkan isu  hangat itu.

"Ayang ni, kalau iya pun dah tak sabar. Tunggulah lepas makan nanti." Abah menegur ummi. Dia seaka-akan dapat membaca pergolakan yang sedang berlaku dalam jiwaku.

"InsyaAllah, ummi. Adik setuju dengan lamaran Abang Zafril. Mulai sekarang, bolehlah ummi buat persiapan apa yang patut. Cuma satu je. Boleh tak kalau majlis pertunangan dan pernikahan, adik nak buat secara kecil-kecilan je? Kalau pihak sana setuju, oklah."

"Laa..kenapa pula?" Soal ummi terkejut.

"Urmmm, saje je tapi, kalau majlis resepsi dibuat secara besar-besaran. Adik tak kisah." Aku memberi kata putus.

"Alhamdulillah. Akhirnya, dapat juga menantu lelaki." Ucap ummi dan abah serentak.

Terpancar sinar kegembiraan di wajah ummi dan abah. Semoga keputusan yang aku lakukan akan menjadi kebaikan dan kebahagiaan semua orang.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

Novel 'Sutera Bidadari', nukilan Ramlee Awang Murshid, aku selak satu persatu. Memang hobi aku pada masa lapang adalah membaca novel. Tidak kisah sama ada novel jenis trhiller atau cinta.

Telefon bimbitku berdering-dering minta dijawab. Siapa pula yang menelefonku pada jam satu pagi begini?

"Assalamualaikum.." Aku segera menjawab tanpa melihat pada nama yang tertera di skrin telefon.

"Waalaikumussalam. Terima kasih, Karmila Rifqah!"  Eh, ini suara Abang Zafril!

"Terima kasih? Untuk apa? Rasanya, tak ada pula Rifqah bagi apa-apa present pada abang."

"Terima kasih sebab setuju dengan pinangan abang! Alhamdulillah, abang tak sangka yang Rifqah akan setuju." Ujarnya. Kedengaran sangat tulus.

Ini mesti Ummi yang beritahu dia ni. Nampak sangat yang ummi memang dah tak sabar sangat. Ummi..ummi...

"So, dah putuskan tarikh pertunangan dan pernikahan?" Soalnya lagi.

"Cadangan Rifqah, kita bertunang pada 17 julai dan...nikah pada 24 Julai, ok tak?"

"Wah! Cepatnya! Abang ok jer. Pasti ke dengan tarikh 24 Julai tu?"  Kedengaran gelak besarnya.

"Sangat pasti! Your birthday, right?" Sengaja aku memilih tarikh hari lahirnya. Bagiku, itu lebih baik. Nanti bila dah kahwin, tak payah susah-susah nak ingat tarikh ulangtahun perkahwinan.

"Kenapa tak nak pilih birthday Rifqah?"

"Masalahnya, sanggup ke abang nak tunggu lagi setahun? Kalau boleh, Rifqah nak nikah dahulu sebelum Abang Syafiq."

"Oh ye ke? Abang tak sanggup lah. Lama sangat kot. Takut nanti, Rifqah patah balik dekat Har..."

"Stop!! Jangan sebut nama dia lagi! Dalam hati Rifqah sekarang ni, cuma ada abang je. Jangan buat Rifqah terfikir untuk batalkan semuanya." Aku melepaskan geram. Memang, aku sudah melupakan Hariz Zahwan.

"Ok..ok..Abang minta maaf. Abang cuma nak bergurau je. Promise, takkan buat lagi." Mendengar suaranya, aku menjadi sayu..

Haisshh!! Hidup..hidup... Siapa sangka yang kita akan memiliki orang yang baru kita kenal? Tiada siapa sangaka yang kita akan menikahi seorang juruterbang?

Alamak! Janji aku pada Putera Zadora! Ingat tak??!! Kalau aku dapat jumpa dengan juruterbang seperti yang dia cakap, baik, soleh dan bla..bla..bla...Aku kena keluar dengan dia sehari suntuk. Selesai satu masalah, masalah lain pula datang, bak kata kawan aku, "Bala..Bala" (credit to Afiz Hassim and Hariz Izzudin)

A Friendship not A Price Tag.. (tajuk sangat tak ada kena mengena)

Links to this post

Teh O Ais Limau Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review