Saturday, January 23, 2010

Kalau sudah jodoh, takkan ke mana....

Posted by Cek Aniz at 9:31:00 PM 2 Strawberry Utk Dipetik
Assalamualaikum salam pemula bicara.. Di sini ada cerita yang ingin Zahra berkongsi bersama. Cerita ini bukanlah datang nya daripada diri Zahra, tetapi ianya datang dari kakak sepupu Zahra yang berada di Kuala Lumpur. Marilah sama-sama kita mendengar kisah beliau.

Beberapa tahun yang lalu..

Hari ini, ada seorang murid baru yang masuk ke kelas. Rupanya tidak lah begitu menarik. Kelihatan seperti sombong dan berlagak. Ah, lantak lah. Malas aku hendak menegurnya. Tambahan pula dia seorang pelajar lelaki manakala aku pula seorang pelajar perempuan.

Sepanjang di tingkatan satu, kami tidak pernah bertegur sapa antara satu sama lain. Pernah juga sesekali mata kami bertembung, tetapi aku hanya memandangnya dengan perasaan menyampah dan benci. Aku sendiri tidak tahu mengapa aku cukup menyampah dan benci terhadap dirinya walaupun, dia tidak pernah berbuat salah padaku. Aku juga sering mengutuknya walaupun aku tahu perkara tersebut tidak elok bahkan, ianya mengundang dosa.

Setahun kemudian...

Semasa di tingkatan dua pula, aku seperti tidak menyedari kehadirannya di dalam kelas 2 Firdaus. Rasa seperti dia tidak berada di kelas yang sama dengan aku. Tetapi, ketika di tingkatan dua ini, aku mula mengenali siapa dirinya. Dan yang paling teruk sekali, aku baru sahaja mengetahui namanya. 'Tengku Muhammad Zafril bin Tengku Muhammad Zahri'. Boleh tahan mamat ni. Maksud aku, boleh tahan juga mulut dia. Rupanya, dia bukanlah seorang yang berlagak dan pendiam seperti sewaktu pertama kali masuk ke sekolah. Boleh dikatakan, banyak celoteh juga mamat ni. Perasaan benci aku padanya, sedikit demi sedikit semakin pudar. Bak kotoran yang dijirus dengan air bersih dan suci. Tetapi, hubungan kami masih lagi belum rapat dan masih takut untuk bertegur sapa antara satu sama lain.

Di tingkatan 3...

Hahaha..hubungan kami sudah mula rapat. Tapi, jangan fikir yang bukan-bukan. Hubungan kami tidak lebih daripada seorang kawan. Pada perspektif aku, dia seorang lelaki yang agak baik. Cuma, mulut dia agak kurang asam dan celopar. Tapi, aku sukakan sikapnya yang pandai bergurau, suka mengusik dan bijak mengambil hati orang.

Kami juga sudah berani untuk berbual. Tapi, setiap kali kami berbual, pasti aku akan ditemani oleh rakanku iaitu Haida. Setiap kali kami berbual, tidak sah jika tidak menyakitkan hati antara satu sama lain. Ada sahaja topik yang membolehkan kami untuk berperang mulut. Tapi, perang mulut kami hanyalah sekadar gurauan dan langsung tidak berniat untuk menyinggung hati mana-mana pihak.

Semakin hari, hati aku mula bemain dengan perasaan. Aku merasakan seperti aku sudah jatuh hati pada Zafril. Namun, aku sentiasa mengingatkan diriku yang aku tidak layak untuknya. Sudahlah badanku agak gempal,rupa pula tiada. Cuma wajahku agak manis bila dipandang. Wah!terperasan cantik pulak aku ni. Huhuhu..

Tapi, kenyataan yang aku lihat. Dia juga seperti menyimpan perasaan pada aku. Bukanlah aku mahu syok sendiri atau perasan, tapi itulah kenyataanya. Walaubagaimanapun, aku sentiasa mengingatkan diriku agar sedar siapalah aku di matanya. Lagi pula, aku harus menumpukan sepenuh perhatian pada Peperiksaan Menengah Rendah(PMR) yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Beberapa bulan kemudian...

Alhamdulillah, aku memperolehi keputusan yang agak baik dalam PMR. Aku memperolehi 5A 2b dan 1C. Oh ya, Zafril pula memperolehi 3A 4b dan 1 c. Gembira betul aku apabila kami ditempatkan di kelas yang sama iaitu kelas 4 Sains Tulen.

Kali ini, perasaanku pada Zafril semakin kuat dan aku merasakan yang aku semakin sayang padanya. Aku tidak pasti, sama ada persaan itu sayang sesama kawan ataupun sayang sesama insan yang boleh menimbulkan rasa cinta. Arrgghhhh!!Aku tidak suka begini! Bermain perasaan dan hati bersama rakan sekelas.

Beberapa minggu kemudian, Zafril memperolehi tawaran untuk masuk ke sekolah berasrama. Bagai hendah luruh jantungku apabila mendengar yang Zafril akan berpindah. Perasaan sedih hadir di jiwaku tanpa aku sedari kehadirannya. Aku sendiri tidak tahu mengapa hati aku sungguh berat untuk melepaskanyya pergi. Aku juga perasan yang dirinya seperti berat hendak meninggalkan sekolah kami.

Rakanku, Airina yang mengetahui bahawa aku sangat suka pada Zafril sentiasa mengingatkanku yang mungkin aku akan bertemu kembali dengan Zafril di Universiti nanti.

Beberapa tahun kemudian di Universiti...

Aku sudah berada di semester akhir. Aku mendapat tahu, Zafril juga menuntut di universiti yang sama dengan aku. Cuma aku mengambil jurusan pereka grafik manakala dia mengambil jurusan arkitek. Kini, dia sudah mempunyai kekasih. Hati mana yang tidak hancur apabila mengetahui insan yang selama ini di sayangi, telah menjadi milik orang. Kekasihnya pula merupakan teman sebilikku.

Remuk redam hatiku tatkala Wani, teman sebilikku memperkenalkan Zafril sebagai kekasih hatinya. Aku juga perasan yang Zafril tergamam sewaktu Wani memperkenalkan aku sebagai teman rapatnya. Semahu-mahunya aku hendak menitiskan airmataku di situ juga. Tapi, aku tahan. Tidak mahu mengundang nestapa.

Beberapa tahun kemudian...

Sudah dua tahun aku bekerja di sebuah syarikat pembinaan milik ayah Wani di Kuala Lumpur. Dan paling yang tidak aku jangka, Zafril juga bekerja di tempat yang sama. Arrggghhh!!! Kenapa lah dia sentiasa ada di mana sahaja aku berada.

Sesekali, cemburu juga bila aku melihat Zafril keluar makan bersama Wani. Namun, apa hak aku untuk melarang mereka daripada keluar bersama? Bukankah mereka pasangan kekasih?Zafril masih dengan sikapnya seperti dahulu. Masih suka bergurau dan mengusik orang. Tapi kini, aku sudah tidak mahu lagi rapat dengannya. Takut aku akan jatuh cinta semula dengannya lantas, ianya akan melukakan hatiku lagi suatu hari nanti.

Kini, aku hanya berserah pada Allah S.W.T. Biarlah siapa sahaja yang telah Allah tentukan jodohnya denganku. Aku akan terima apa adanya pada diri si dia. Aku sudah tidak mahu menaruh harapan lagi pada Zafril. Aku hanya berharap agar Zafril akan berbahagia dengan insan-insan yang di sayangi dan yang menyayanginya.

Bunyi deringan telefon bimbitku segera menghalau lamunanku..

"Assalamualaikum.."

"Wa'alaikumussalam..Ummi apa khabar?Sihat?" Jawabku

"Alhamdulillah..Ummi dan abah sentiasa dalam keadaan sihat."

"Oh ya, ada apa ummi telefon Aisya?"Soalku teragak-agak.

"Sebenarnya...errr..ermmm...macam mana Ummi nak cakap ni?" Jawab Ummi tergagap-gagap.

"Apa dia Ummi? Cuba beritahu Aisya."Pujukku lembut.

"Tadi, ada orang masuk meminang kamu. Jadi, Ummi nak tahu lah yang kamu ni setuju atau tidak? Ataupun kamu dah ada yang lain?" Lancar sahaja Ummi menjawab.

"Aisya setuju Ummi! Walau siapa pun dia, Aisya terima. Asalkan Ummi dan abah terima dan restu pada hubungan yang bakal kami bina nanti. Itu yang paling penting buat Aisya."

"Alhamdulillah..Ummi gembira sangat sembab Aisya terima. Orang yang masuk meminang kamu ni kawan baik abah.Baiklah Aisya, majlis pertunangan kamu akan diadakan minggu depan. Jangan lupa nak balik pula ye."

"Baiklah Ummi. Lagi cepat, lagi bagus."

Maka minggu berikutnya, berlangsunglah majlis pertunanganku. Aku langsung tidak mengetahui siapa bakal suamiku. tempoh pertunangan kami hanylah 4 bulan sahaja.

Pejam celik, pejam celik, 4 bulan telah berlalu. Esok, aku akan menjadi isteri kepada seorang lelaki yang langsung aku tidak ketahui identiti dirinya. Cuma Ummi pernah memberitahu ku yang bakal suamiku juga bekerja di Kuala Lumpur.

Aku mencuba-cuba baju pengantin yang baru aku tempah sebulan yang lalu. Nasib baiklah badanku kini sudah tidak segempal dahulu. Kini, badanku sudah langsing dan kurus. Sedang aku sibuk melihat diriku di cermin, haida dan Airina terkocoh-kocoh masuk ke bilikku.

"Wei, apsal dengan korang berdua ni?"Soalku cemas.

"Aisya, kau dah tengok belum kad undangan kahwin kau?dengan siapa kau nak berkahwin?"Soal Haida semula.

"Tak..malas aku nak ambil tahu." Jawabku acuh tak acuh.

Lantas, Airina menghulurkan sekeping kad undangan kahwinku.

"Jemputan ke majlis perkahwinan puteri kami,..

*Nazihatul Aisya binti Mohd Nazri
dengan pasangannya
*Tengku Muhammad Zafril bin Tengku Muhammad Zahri"

Hendak tercabut jantungku apabila membaca kad undangan tersebut. Sungguh aku tak percaya!Walaubagaimanapun, aku bersyukur kerana telah ditakdirkan untuk menjadi isterinya.

Keesokan harinya, kami telah selamat diijab kabulkan berwalikan abah. Abang Zafril..Ops, abang Zafril??? Ya itulah gelarannya setelah sah menjadi suamiku. Abang Zafril memeberitahuku sebenarnya dia sendiri yang suruh keluarganya masuk meminang aku. Dia juga mengaku yang dia telah jatuh hati padaku sejak di tingkatan tiga lagi.

Wani pula telah berkahwin dengan seorang jejaka Inggeris kerana telah ditangkap basah di sebuah hotel sewaktu awal tahun baru yang lalu.

Kini, aku cukup gembira berada di samping abang Zafril. Sememangnya dia seorang lelaki yang berpegang pada ajaran agama, penyabar dan penyayang juga seorang yang romantik. Senang cakap, semua syarat-syarat lelaki idamanku, ada padanya.

Teh O Ais Limau Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review