Thursday, September 2, 2010

Warkah buat Atuk..

Posted by Cek Aniz at 12:57:00 AM
Atuk..akak rindu sangat dekat atuk. Kalaulah atuk ada dekat dengan akak. Sekarang jugak akak akan peluk atuk. Akak sayang sangat dekat atuk. Masa tu, akak kecil lagi. Akak tak tahu nak tunjukkan betapa sayingnya akak kat atuk. Akak dapat bersama dengan atuk sekejap cuma. Dari akak kecil, atuk sentiasa ada dengan akak. Kalau ummi dengan abah pergi mencari nafkah. Atuklah yang akan jaga akak.

Abang-abang, kakak-kakak dan adik-adik, selalu cakap yang atuk ni garang, tegas, asyik nak marah je. Tapi, akak tak rasa atuk macam tu. Sebabnya, atuk selalu sayang akak. Atuk selalu ikutkan kemahuan akak dan sepupu yang lain. Kata orang, jika dipilih anak dan cucu. Pasti kasih sayang akan lebih pada cucu.

Pernah satu malam, akak tidur rumah atuk. Akak tanya atuk, “Kalau akak kahwin nanti, atuk ada lagi tak? Atuk sempat tak nak tengok akak kahwin?” Lepas itu,, atuk jawab, “ Mestilah boleh. Kalau akak kahwin nanti, atuk akan bagi akak hadiah. Akak, kalau kahwin kenalah cari suami yang baik, soleh, dan penyabar. Biar suami akak boleh sabar dengan kerenah dan merajuk akak tu.” atuk gelak je.

Akak masih ingat lagi. Dulu, masa akak sekolah tadika. Atuk selalu ambil akak dari sekolah. Kalau satu hari atuk tak ambil akak kat sekolah, mesti hari tu akak akan ‘hujan lebat’. Hehehe.

Satu lagi yang akak takkan lupa sampai bila-bila. Masa tu akak darjah 1. Akak sekolah kat Sekolah Rendah Agama Kampung Kundang. Ada satu hari tu. Hujan lebat sangat. Akak takut sangat. Kawan-kawan akak yang lain semuanya dah balik. Abang-abang pun dah balik naik basikal. Tinggal akak je. Lama akak tunggu sesiapa ambil akak. Tapi, takde siapa pun yang muncul. Tiba-tiba, akak nampak motor Suzuki warna merah. Akak terus melonjak-lonjak kegembiraan. Yea! Atuk datang ambil akak. Masa tu, akak rasa macam nak nangis je sebabnya atuk sanggup redah hujan lebat semata-mata nak ambil akak.
Sayangnya atuk kat akak kan.

Rupa-rupanya, itulah kali terakhir atuk ambil akak dari sekolah. Tak lama lepas peristiwa tu, atuk jatuh sakit. Abah, wak dan acik-acik sibuk bawa atuk berubat di sana sini. Akak pun ada hantar atuk untuk berubat kat Pahang. Masa pergi tu, atuk dah lemah sangat-sangat. Nak makan pun atuk dah tak larat. Atuk kata, makanan tu susah untuk atuk telan. Gundahnya hati akak masa tu, hanya tuhan sahaja yang tahu.

Satu malam tu, atuk dah nazak. Tapi, akak tak tahu yang atuk dah nazak. Sebab ummi cakap kat akak, atuk akan sihat. Lebih kurang pukul 4 pagi, Ummi dan abah kejutkan akak dari tidur. Mereka terus cakap, “akak, atuk dah takde lagi.” Masa tu, boleh lagi akak tanya, “atuk takde? Atuk pergi mana?” Lurusnya cucu atuk ni kan? Hehehe.

Atuk, sekarang dah 9 tahun atuk meninggalkan kami semua. Namun, segalanya tentang atuk. Masih kami ingat. Atuk, tak lama lagi nak raya. Atuk tahu tak? Setiap kali akak datang ziarah kubur atuk. Mesti akak nak nangis. Tapi, akak sembunyikan daripada pengetahuan ummi dan abah. Atuk, akak takkan pernah lupa untuk sedekahkan al-Fatihah dan surah Yasin untuk atuk. Kasih akak untuk atuk, sentiasa ada. Tak pernah pudar malahan, bertambah mekar semekar bunga di pusara atuk.

Walau apa pun, akak tetap bersyukur. Sebab nenek masih ada. Kasih sayang nenek buat kami semua, masih ada. Tak pernah kurang.
Atuk, akak takkan lupakan segala pesanan dan nasihat atuk. Atuk adalah seorang lelaki yang kacak dan tinggi. Abang-abang pun ikut macam atuk. Handsome, tinggi pula tu. Akak pun ada ikut atuk. Akak sekarang dah tinggi. Cuma badan akak je yang tak macam atuk. Orang selalu cakap yang badan akak ni gemuk. [memang pun]hehehe. Ini semua sebab atuk selalu bagi akak makan roti canai kat kedai Wak Ajis

ATUK, akak SAYANGkan atuk!!!

Akak Rindu kat atuk!!

Semoga kita akan bertemu di TAMAN SYURGA nanti..

Wassalam..

2 Strawberry Utk Dipetik:

fadzil said...

Acik rindu atuk....
walaupun atuk seorang yg tegas, dia tetap seorang atuk yg penyayang...
Acik rindu atuk....
Acik rindu atuk....
Acik rindu atuk....
Ya Allah..letakan lah roh atuk n Cik Andung di lubang2 syuga Mu...
Amin.....

Cek Aniz said...

Amin..
iskiskisk..
anis p0n riiinnndu sgt kat at0k...
rindu sgt2!!

Teh O Ais Limau Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review