Friday, December 30, 2011

Setelah 14 tahun...

Posted by Cek Aniz at 10:39:00 PM 0 Strawberry Utk Dipetik Links to this post
Setelah 14 tahun??
Ada apa dengan 14 tahun? Adakah 14 tahun menanti cinta?
Oh tidakk..tidakk..

Just wanna say yang dah 14 tahun aku tak menjejakkan kaki ke Tanah Tinggi Cameron Highlands.
Fine..bunyinya memang sangat ketinggalan tapi nak buat macam mana. Dah abah kurang minat nak pergi. Aku terpaksalah ikut.

Aku conclude Cameron Highlands sebagai tempat yang sangat mententeramkan jiwa dan raga. Ecewwah! But, seriously..Cameron mempunyai suasana dan udara yang bersih dan nyaman.
No wonder lah kenapa orang suka honeymoon dekat Cameron. *kegatalan melampau sudah tiba.

Feeling-feeling ada someone bagi sejambak mawar. Ahakkss!!

She is awesome!! Proud to be her daughter!

Bunga apa ni?
pleasee....don't ask me...lalala =P

Love this pic so much!
Don't know why..but, i really love it..

Cenderamata yg menggoda dengan harga yg sangat mencekik darah.

Yee..aku sangat addict dengan benda alahai ni!
Memang nampak macam kanak-kanak riang..
Tapi itu lah aku..
"Aku tetap aku"

Pesanan Penaja:

"Jadilah diri sendiri..tanpa terikut-ikut dengan gaya hidup orang lain yang hanya indah di mata, namun seksa di jiwa.."

Wednesday, December 28, 2011

Cabaran mengajar kita untuk menghargai hidup..

Posted by Cek Aniz at 10:27:00 AM 1 Strawberry Utk Dipetik Links to this post
Assalamualaikum w.b.t.. 
Lama dah rasanya meng'hupdate' blog aku. Meng'hupdate' means update..hehehe..
Dengan ini aku mengisytiharkan yang aku post entry ni bukan dari PC kesayangan aku tapi dekat rumah pakcik aku. So, sekarang ni location aku dekat Bandar Sunway Semenyih. 
Ada viewers yang tinggal kat sini?? Tolonglah komen.. Boleh jadi kawan aku..hekhekhek

Bila hidup tanpa ummi dan abah, barulah aku belajar macam mana nak menghadapi cabaran dalam hidup. Mungkin dulu aku takut dengan cabaran hidup..
tapi, macam yang pakcik aku cakap, "hidup kita tak dapat lari daripada cabaran. Nak tak nak, kenalah hadapi juga. Barulah boleh jadi manusia!" 
hidup mesti kental, beb!

Kat sini aku belajar macam mana nak manage duit dengan baik. 
Aku dah tak terfikir nak beli benda yang bukan-bukan. 
Sekarang baru aku realize,betapa susahnya ummi dan abah nak cari duit untuk memberi keselesaan dan kesenangan hidup untuk aku. 

Sometimes, aku terfikir macam mana dengan kehidupan anak-anak aku nanti? 
Mampukah aku sediakan segalanya untuk anak-anak aku? 
Sekarang, aku terfikir yang wishlist wanita untuk memiliki suami yang baik dan berpendapatan yang lumayan memang sangat relevan! 
Wanita bukan fikir untuk diri diorang tetapi, untuk masa depan anak-anak diorang. 
Tapi, janganlah kahwin sebab harta pulak. Itu belum tentu bahagia. 

Amboi, Pakcik Google memang tak sayang duit sungguh!

Tadi ummi call, then dia cakap yang dia terbayang-bayang aku kat sekitar rumah. 
Atoyaii, ummi buat rasa rindu aku pada dia bertambah-tambah. 
Buat seketika, aku teringatkan sahabat kesayangan aku, Cek Naja. 
Macam mana dia adapt bila ibu dia dah tak ada lagi. Aku belum tentu mampu jadi sekuat dia.

Alhamdulillah, aku seronok kat sini. Semuanya ada depan mata. 
Nak tesco, billion, giant..
McDonald, KFC..kedai mamak Mehraj..semuanya tinggal tunjuk.
Pakcik dan makcik aku memang sporting habis!
Nasib baik aku tak berapa nak pandai main PS 2 pakcik aku..
Kalau tak, dah lama aku lenjan!

Pesanan Penaja:

"Aku rasa janggal sebab orang panggil aku 'Ustazah Anis'..sedap  tak? Ahakss! "

Wednesday, December 21, 2011

Riwayat sebagai pelajar sekolah menengah...

Posted by Cek Aniz at 9:06:00 AM 1 Strawberry Utk Dipetik Links to this post

Alhamdulillah.. Tamatnya SPM aku pada 29/11 hari tu bermakna tamatlah perjalanan hidup aku sebagai seorang pelajar sekolah menengah. Masa kecik dulu, aku sering tertanya-tanya. Bila nak habis sekolah ni?? Sekarang baru lah aku realize yang aku memang tak patut tanya soalan macam tu. Memang sayang rasanya nak tinggalkan sekolah menengah.

Walaupun sekolah aku tak sehebat Seri Puteri, Kolej Tunku Kurshiah.. but, i'm still proud of my Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Rawang.

Terima kasih kepada SMK Sungai Rawang kerana telah menjadikan saya seseorang yang beridentiti diri.
Sekurang-kurangnye, dapatlah aku naikkan nama SMK Sungai Rawang walaupun tak seberapa. Ahakkss!

Aku cuma mampu menjadi seorang ketua pelajar, juara pidato Puteri Islam peringkat daerah Sepang, johan Syarahan agama daerah sepang.. itu jelah yang aku mampu. Apapun, Alhamdulillah..

Lepas ni, tiada lagi buku rujukan Fizik dan Kimia yang tebal-tebal. Tak ada lagi buku ICT yang berbelit-belit.  Akan merindui saat-saat manis di SMK Sungai Rawang...

Pesanan Penaja:

kawan-kawan di kelas 5 Science
(cbe kira ada brape bnyk pengwas??) hehe

Saturday, August 20, 2011

Terima Kasih...

Posted by Cek Aniz at 4:53:00 PM 1 Strawberry Utk Dipetik Links to this post

Dialah yang teristimewa dalam hidup aku..
Tiada insan lain di hati..
Selain daripada dia..

Dalam hidup aku..
Ada banyak benda yang bisa membuat aku menitiskan airmata,
Namun, hanya dirinya..
Yang mampu buat aku menitiskan airmata dengan seikhlas hatiku..

Jika terpisah walau sesaat sekalipun..
Aku sudah risau..
Seolah-olah menjadi insan yang berada di tengah laut..
Mencari tebing yang berada jauh beribu batu..

Walaupun dia tidak bijak seperti Professor dan Doktor..
Tidak tinggi pengetahuan agamanya laksana Ustaz dan Ustazah..
Namun, sepasang tangannya sudah mampu untuk menjadikan aku,
Pelajar yang mengenal A,B,C dan 1,2,3..
Manusia yang mengenal Alif, Ba, dan Ta..
Biarpun ajarannya tegas bak Angkatan Tentera Malaysia..

Aku mencintai segala-galanya tentang dia..
Cara dia berkata-kata...
Tatasusilanya sewaktu makan.. Penuh kesopanan..
Kesabaran dan kekuatan yang sering disalurkan kepadaku..

Cuma satu pesanannya...
Pesanan yang tidak pernah putus dari bibirnya...
Menginginkan aku untuk memasuki universiti..

A picture can tell a thousand of word but, there's only a word to describe you that is..LOVE!

"Terima Kasih Ummi! "

Pesanan Penaja:

"Alangkah bagusnya jika ummi boleh membaca nukilan anakmu ini. Namun, kekurangan pengetahuanmu dalam IT menghalang segalanya.."

Saturday, August 6, 2011

Kau Takdirku...{Part Akhir}

Posted by Cek Aniz at 10:59:00 AM 0 Strawberry Utk Dipetik Links to this post

Ibu dan ayah Abang Zafril baru sahaja pulang. Sebentar tadi, mereka bertandang ke rumahku untuk berbincang mengenai perkahwinan aku dengan Abang Zafril yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Tidak lama lagi aku bakal menjadi isteri kepada seorang lelaki bernama Syed Irfan Zafril. Begitu pantas masa berlalu tanpa kita sedar sedikit pun.

Majlis pertunangan dan pernikahan kami terpaksa dilangsungkan serentak sebelum bulan puasa. Ini kerana ibu dan ayah Abang Zafril perlu ke Dubai untuk menyelesaikan perniagaan mereka di sana dan menurut jadual, majlis resepsi kami akan berlangsung pada 31 Disember.

Kami sekadar membuat persiapan apa yang patut sahaja. Bagi aku, tidak perlu sirih junjung ke langit, kasut atau beg tangan mahal mengalahkan harga sebiji kereta.

*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
 Aku sekadar mengenakan sehelai jubah labuh berwarna putih yang dihiasi manik. Aku turut mengenakan sehelai tudung labuh berwarna putih disertakan sehelai veil berkerawang.

Alhamdulillah! Dengan sekali lafaz sahaja aku telah sah bergelar isteri kepada Syed Irfan Zafril dengan berwalikan abah. Perasaanku saat saksi menyebut 'sah' menjadi berbaur-baur. Sedih, gembira, bahagia dan keliru tidak dapat aku kesan. Namun yang pasti, saat ini aku sangat bahagia.

Selesai menunaikan solat sunat selepas nikah, Abang Zafril datang ke arahku untuk menyarungkan cincin di jari manisku. Perlahan-lahan dia menyarungkan cincin emas putih yang bertatahkan berlian di jariku. Lantas, Abang Zafril mencium dahiku. Syahdunya ku rasakan.

Sempat dia berbisik di telingaku, "Terima kasih sayang sebab sudi terima abang sebagai suami sayang. Abang akan cuba untuk menjadi seorang suami dan ayah yang  baik. Abang akan sentiasa lindungi sayang selagi abang mampu." Aku merenung anak matanya. Isteri mana yang tidak terharu jika suaminya berkata sedemikian? Aku pasti, setiap wanita dan isteri mendambakan kata-kata romantis dan janji setia sang suami.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
Walaupun kami mengadakan majlis pernikahan secara kecil-kecilan namun, tetamu yang hadir tidak kurang hebatnya. Boleh jadi wedding of the year ni!

Sedang aku sibuk melayan tetamu yang hadir, Abang Zafril mencuit lenganku lantas matanya di alihkan ke arah sepasang kekasih. "Pergi jumpa dia. Apa pula kata Kak Najwa nanti." Pujuk suamiku.

"Abang temankan sayang, boleh?" Rsa janggal pula bila menggelarkan diri 'sayang'.

"Yelah. Jom!"

Renungan mata Hariz sudah cukup menggambarkan perasaannya saat ini. Eley, ada aku kisah? Sekarang ni aku dah ada suami yang mampu memberi kasih sayang sepenuhnya padaku dan aku tidak memerlukan lelaki sepertinya.

"Hai adik!" Aku dan Kak Najwa saling berpelukan.

"Akak sihat?" Aku sekadar berbasa-basi.

"Alhamdulillah, sihat! Amboi, akak yang bertunang, dia pula yang kahwin dulu ye." Usik kak Najwa.

"Dah sampai seru, nak buat macam mana. Rifqah ni yang tak sabar sangat!" Jawab Abang Zafril. Lengannya aku cubit. Suka-suka hati je jawab macam tu.

"Yelah. Akak doakan semoga Zafril dengan adik akan hidup bahagia selamanya. Zafril! Jaga Rifqah tau! Kalau apa-apa jadi dekat Rifqah, siap Zafril!" Kak Najwa berseloroh. Hariz disebelahnya hanya diam sahaja.

"Kami pun mendoakan semoga Kak Najwa dengan Abang Hariz akan bahagia sehingga ke jinjang pelamin dan bahagia selamanya." Ketenangan suara suamiku membuat aku bersyukur kerana dikurniakan suami sepertinya.

"Amin." Jawab Hariz perlahan.

"Eh, belum makan lagi, kan? Marilah. Jemput makan." Aku mengajak mereka untuk mengisi perut.

Situasi aku ketika ini sangat lega dan tenang namun, aku tidak pasti apakah ketenangan yang telah aku peroleh.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

"Abang, sayang teringin nak makan popia basah." Pintaku pada lelaki yang sudah lebih sebulan menjalankan tanggungjawabnya sebagai suamiku.

"Hurmm.. Kan kita dah beli macam-macam ni, sayang. Takkan nak tambah lagi apa yang ada ni?" Soal suamiku.

"Apa salahnya? Lagipun, kan nanti kita nak berbuka puasa sama-sama dengan ummi,abah, Abang Syafiq, Abang Izhar, Abang Luthfi dengan...." Aku memberhentikan kataku seketika.

"Siapa?" Soal suamiku dengan riak wajah yang cuak.

"Dengan suami sayang yang handsome ni!" Jawabku sambil mencubit lembut hidungnya.

Terbahak-bahak Abang Zafril ketawa. Haish! Buat malu aku je. Yelah, kat Bazar Ramadhan ni, boleh pula dia gelak besar.

~*~*~*~*~*~**~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
Seusai solat tarawih, kami sekeluarga pulang ke rumah. Hingar bingar suasana di rumah ummi dan abah apabila kesemua anaknya berkumpul.

Aku duduk di jendela sambil mengenang kembali saat-saat indah sewaktu kami berempat masih kecil. Dahulu, pada setiap malam, kami akan menolong ummi untuk membuat kuih raya. Sebenarnya bukan tolong ringankan beban ummi tetapi, tolong tambahkan kerunsingan ummi. Kami berempat akan curi-curi ambil doh(adunan kuih) yang ummi buat. Kemudian, kami akan buat main. Konon-konon macam main tanah liat yang warna-warni tu lah. Hehehehe.

"Jauhnya sayang abang ni mengelamun. Abang nak ikut sekali, boleh?" Usik suamiku.

"Baru sampai KLIA. Tiba-tiba je abang datang, terus batalkan flight." Jawabku samil tersengih.

Jauh disudut hati aku ingin berkata, 'walau sejauh mana pun Rifqah pergi, Rifqah akan pastikan yang abang sentiasa ada di sisi Rifqah dan hanya takdir yang boleh memsiahkan kita.'

"Take this" Abang Zafril menghulurkan beg kertas yang berisi sesuatu.

"Apa ni, bang?" Mak aih! Ini mesti dia beli sewaktu bertugas ke Amsterdam kelmarin. Tapi, sewaktu dia pulang kelmarin, dia hanya membawa pulang sebuah beg tangan berjenama Louis Vuitton untuk aku dan beg tangan berjenama Prada untuk Ummi. Aku tak perasan pula akan beg kertas ini.

"Tanya abang nak buat apa? Buka jelah beg kertas tu."

Dengan penuh kelembutan dan berhati-hati, aku membuka beg kertas tersebut.

"Teddy bear?!" Soalku terkejut. Apa mimpi suamiku sehingga hendak membelikan aku sebuah anak patung yang...SANGAT COMEL!. Macam aku lah tu.

"Yelah. Takkan kereta Ferari pula?" Uik, sindir nampak.

"Terima kasih, abang! Ini yang buat sayang semakin menyayangi abang ni! Bertuahnya sayang dapat suami macam abang. Tapi, nak buat apa dengan 'Miss Teddy' ni?"

"Cuba sayang baca, apa yang tertulis atas love  yang ada pada badan 'Miss Teddy' tu?" Arah suamikku.

"Putera Zadora?!!!" Aku membuntangkan mataku lantas, memandang suamiku dengan penuh tanda tanya.

Jawapan yang aku terima daripada suamiku adalah sebuah gelak ketawa yang mampu merobohkan rumah abah.

"Maksudnya, abanglah 'Putera Zadora'?!" Aku mencerunkan mataku.

"Bukanlah! Putera Zadora tu ialah Syed Irfan Zafril!" Hish! Gramnya aku. Sengaja nak mempermainkan aku.

'Miss Teddy' yang aku peluk, aku pukul di badan Abang Zafril sekuat hatiku. Suka-suki hati dia nak mainkan kita, ya?

"Ish! Janganlah sayang! Sakit tau!" Rayuannya aku buat tak endah.

"Ooo.. Fikir dia punya sakita je? Kita punya sakit hati ni, siapa nak fikir?!" Aku meluahkan rasa geramku.

"Abang minta maaf! Abang bergurau je. Sayang tak kesian ke kat 'Miss Teddy' tu? Dia lagi sakit tau!
Jagalah 'Miss Teddy' tu elok-elok. Abang tempah khas untuk sayang." Dia cuba memujuk aku.

Aku melepaskan keluhan. Salah satu kelemahanku sekarang adalah pujukkan daripada suamiku. Suaranya yang tenang, sentiasa melembutkan hati aku yang adakalanya keras mengalahkan batu.

"Yelah,yelah. Tapi, daripada abang bagi pada sayang. Labih baik abang bagi pada anak kita ni." Ujarku sambil menepuk lembut perutku.

Kali ini, mata suamiku pula yang terbuntang. Hehehe. Tu lah, kenakan orang lagi. Sekali dia yang terkena, terus jadi patung bergerak.

"Betul ke ni, yang??!!" Soalnya sungguh-sungguh.

"Betullah! takkan perkara macam ni nak buat main-main pula?!"

"Alhamdulillah! Terima kasih sayang! Terima kasih sangat-sangat! Dah berapa lama?"

Aku sekadar mengangkat 2 jari menandakan 2 minggu.

"Terima kasih Karmila Rifqah! Sesunggungnya, KAU TAKDIRKU yang teristimewa dan yang terindah." Satu ciuman di dahi aku terima daripada suamiku. Terima kasih Syed Zafril Irfan kerana memberiku kebahagiaan yang tidak berbelah bagi.

~*~*~ TAMAT ~*~*~

Terima kasih kepada insan-insan yang memberi inspirasi kepada aku:

Syed Irfan Zafril > Hincik 'CP'
Karmila Rifqah > ????
Hariz Zahwan > Saiful Amri (kawan abang aku)
Safiyati Rhaudhah > Kak Nawal Iffah Syakirah dan Kak Faezah Waheedah.
Hairul Syafiq > Abang Fikry dan Abang Luqman.

Terimalah sekalung penghargaan daripada aku khas buat PARA PEMBACA YANG BEGITU SETIA MENANTI SETIAP  EPISOD "KAU TAKDIRKU". Aku sangat-sangat menghargai kesetiaan korang untuk membaca karya aku. Sayang korang sangat-sangat!!

Sunday, July 10, 2011

Kau Takdirku...{part 7}

Posted by Cek Aniz at 4:11:00 AM 1 Strawberry Utk Dipetik Links to this post
Gambar sumbangan belas ihsan Pak Cik Google..
"Majlis Pertunangan Ashraf Muslim dengan Dayana"

Tidak pernah aku terfikir bahawa membuat keputusan untuk menjadi seorang isteri merupakan satu keputusan yang sangat rumit.
Pelbagai persoalan  bermain di kotak fikiran. Suara hati yang tidak dipinta pula akan semakin merutmitkan suasana.

Dahulu, sewaktu berada di alam sekolah menengah, aku sering membayangkan betapa indahnya hidup berumahtangga. Mempunyai seorang lelaki yang mampu menjadi pelindungku, yang mampu mendengar suka dan dukaku dan juga mampu untuk menjadi imam buatku  pada setiap waktu solat.

Adakah aku mampu untuk menjadi isteri yang solehah? mampukah aku untuk menjadi isteri yang taat dan setia?
Bolehkah aku menyayanginya dengan setulus hati? Kuatkah aku untuk menghadapi dugaan dalam perkahwinan kami nanti? Ya Allah!! Mengapa keputusan ini begitu sukar untuk dilakukan?

Airmataku tiba-tiba sahaja mengalir laju. Aku bersandar di tepi katil. Mengimbau kembali segala perkara sedih dan indah yang pernah berlaku dalam hidupku.

*~*~*~*~*~**~*~*~*~*~**~*~*~**~*~*~*~*~*
Deringan telefon bimbit membuatkan aku terjaga daripada lenaku. Aku memandang ke arah jam di dinding.
MasyaAllah! Dah pukul 3 pagi?! Bila masa pula lah aku terlelap ni? Aku segera memandang lesu telefon bimbitku yang terus menjerit.

"Abang Zafril?" Mataku yang mengantuk terus sahaja terbuka luas.

"Assalamualaikum.." Ucapnya

"Waalaikumussalam." Suasana tiba-tiba menjadi sunyi. Entah mengapa, aku menjadi kelu untuk berbicara. Selalunya kalau dengan Abang Zafril, aku main lepas cakap je.

"Ganggu ke?" Soalnya setelah lebih seminit kami mendiamkan diri. Lantaklah, bil telefon dia yang melambung nanti bukannya aku punya.

"Sangat mengganggu. Ada apa call ni?" Ujarku dengan suara yang tersekat-sekat.

"Saje nak suruh Rifqah bangun. Buat solat istikharah atau solat hajat." Tersentuh hatiku dengan kata-katanya.
Memang sejak dari dahulu lagi, aku sentiasa mendamba seorang lelaki yang sudi  mengejutkan aku daripada lena mimpiku untuk menghadap Allah SWT saat insan lain sedang lena dibuai mimpi indah.

"Oh! terima kasih, abang! I really appreciate it." Ucapku ikhlas.

"Kasihmu diterima, Karmila Rifqah. Macam mana? Rifqah setuju?" Soalnya tiba-tiba. Aku faham, penantian ibarat sebuah penyiksaan.

"Err....abang...sebenarnya..."

"Takpe kalau Rifqah belum boleh beri jawapan lagi. Abang boleh tunggu!" Potongnya.

Haish! Kalau iya pun, tunggulah aku habis cakap. Kata nak jawapan, bila orang nak bagi..Dia potong pula!

"Hurmm, ok lah.. Abang ada flight ni." Jawabnya sayu.

"oh, ye ke? Ke mana?" Entah mengapa hati aku tiba-tiba sebak.

"Perth, maybe a week." Selamba sahaja suaranya.

"Ermm..ok. Take care!" Airmataku seakan-akan mahu turun dengan lebat. Aku sendiri tidak faham dengan perasaanku saat ini.

"InsyaAllah..ok lah.."

Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, aku terlebih dahulu memotong..

"Abang! err...Jangan  menggatal dengan stewardess dalam flight abang nanti ek! Dan jangan lupakan Rifqah!" Errkk...apa yang aku mengarut ni?!

"Ok sayang! Abang takkan buat!" Kedengaran gelak tawanya dihujung talian.

*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

Sudah seminggu Abang Zafril pergi, seminggu jugalah aku terpaksa menanggung rindu yang amat sangat. Sungguh, aku tak pernah merasakan perasaan sebegini.

Seminggu juga aku memikirkan keputusan yang perlu dibuat. Aku sudah teguh dengan keputusan dan pendirianku. Syukur ya Allah atas petunjuk dan hidayah yang kau berikan padaku. Seminggu ini, aku tidak lepas daripada melakukan solat istikharah dan solat sunat tahajjud.

Sebagai manusia, kita harus sedar. Hanya pada Allah sahaja tempat yang bisa kita bergantung harapan dan petunjuk. Allah maha mengetahui dan mengetahui segala-galanya. Yakinlah dengan setiap janji Allah!!! Disebalik setiap ujian Allah, pasti akan digantikan dengan keindahan hikmahNya.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

Setelah menempuh perjalanan hampir satu jam. Akhirnya, aku sampai di kampung halaman tercinta.

"Assalamualaikum..ummi!" Ucapku sebaik sahaja melangkah kaki ke dalam rumah.

"Waalaikumussalam.. Eh, adik! Kenapa balik tak beritahu?" Aku menyalami tangan ummi lantas, mencium wajahnya.

"Saje je. Nak buat suprise untuk ummi." Aku duduk di sofa empuk kesayangan ummi.  Tayangan kartun Doraemon langsung tidak menarik perhatianku saat ini.

Aku memandang ke arah abah yang baru pulang dari masjid. Memang sudah rutin abah untuk menunaikan solat berjemaah di masjid kampung.

"Adik, dah lama sampai?" Soal abah.

"Baru je, bah." Jawabku sambil mencium tangan dan wajahnya. Sama seperti yang aku sering lakukan pada ummi.

"Macam mana, dik? Dah ada jawapannya?" Tiba-tiba sahaja ummi membangkitkan isu  hangat itu.

"Ayang ni, kalau iya pun dah tak sabar. Tunggulah lepas makan nanti." Abah menegur ummi. Dia seaka-akan dapat membaca pergolakan yang sedang berlaku dalam jiwaku.

"InsyaAllah, ummi. Adik setuju dengan lamaran Abang Zafril. Mulai sekarang, bolehlah ummi buat persiapan apa yang patut. Cuma satu je. Boleh tak kalau majlis pertunangan dan pernikahan, adik nak buat secara kecil-kecilan je? Kalau pihak sana setuju, oklah."

"Laa..kenapa pula?" Soal ummi terkejut.

"Urmmm, saje je tapi, kalau majlis resepsi dibuat secara besar-besaran. Adik tak kisah." Aku memberi kata putus.

"Alhamdulillah. Akhirnya, dapat juga menantu lelaki." Ucap ummi dan abah serentak.

Terpancar sinar kegembiraan di wajah ummi dan abah. Semoga keputusan yang aku lakukan akan menjadi kebaikan dan kebahagiaan semua orang.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

Novel 'Sutera Bidadari', nukilan Ramlee Awang Murshid, aku selak satu persatu. Memang hobi aku pada masa lapang adalah membaca novel. Tidak kisah sama ada novel jenis trhiller atau cinta.

Telefon bimbitku berdering-dering minta dijawab. Siapa pula yang menelefonku pada jam satu pagi begini?

"Assalamualaikum.." Aku segera menjawab tanpa melihat pada nama yang tertera di skrin telefon.

"Waalaikumussalam. Terima kasih, Karmila Rifqah!"  Eh, ini suara Abang Zafril!

"Terima kasih? Untuk apa? Rasanya, tak ada pula Rifqah bagi apa-apa present pada abang."

"Terima kasih sebab setuju dengan pinangan abang! Alhamdulillah, abang tak sangka yang Rifqah akan setuju." Ujarnya. Kedengaran sangat tulus.

Ini mesti Ummi yang beritahu dia ni. Nampak sangat yang ummi memang dah tak sabar sangat. Ummi..ummi...

"So, dah putuskan tarikh pertunangan dan pernikahan?" Soalnya lagi.

"Cadangan Rifqah, kita bertunang pada 17 julai dan...nikah pada 24 Julai, ok tak?"

"Wah! Cepatnya! Abang ok jer. Pasti ke dengan tarikh 24 Julai tu?"  Kedengaran gelak besarnya.

"Sangat pasti! Your birthday, right?" Sengaja aku memilih tarikh hari lahirnya. Bagiku, itu lebih baik. Nanti bila dah kahwin, tak payah susah-susah nak ingat tarikh ulangtahun perkahwinan.

"Kenapa tak nak pilih birthday Rifqah?"

"Masalahnya, sanggup ke abang nak tunggu lagi setahun? Kalau boleh, Rifqah nak nikah dahulu sebelum Abang Syafiq."

"Oh ye ke? Abang tak sanggup lah. Lama sangat kot. Takut nanti, Rifqah patah balik dekat Har..."

"Stop!! Jangan sebut nama dia lagi! Dalam hati Rifqah sekarang ni, cuma ada abang je. Jangan buat Rifqah terfikir untuk batalkan semuanya." Aku melepaskan geram. Memang, aku sudah melupakan Hariz Zahwan.

"Ok..ok..Abang minta maaf. Abang cuma nak bergurau je. Promise, takkan buat lagi." Mendengar suaranya, aku menjadi sayu..

Haisshh!! Hidup..hidup... Siapa sangka yang kita akan memiliki orang yang baru kita kenal? Tiada siapa sangaka yang kita akan menikahi seorang juruterbang?

Alamak! Janji aku pada Putera Zadora! Ingat tak??!! Kalau aku dapat jumpa dengan juruterbang seperti yang dia cakap, baik, soleh dan bla..bla..bla...Aku kena keluar dengan dia sehari suntuk. Selesai satu masalah, masalah lain pula datang, bak kata kawan aku, "Bala..Bala" (credit to Afiz Hassim and Hariz Izzudin)

Tuesday, June 14, 2011

Kau Takdirku...{part 6}

Posted by Cek Aniz at 9:49:00 AM 0 Strawberry Utk Dipetik Links to this post

Alhamdulillah, petang tadi kami sekeluarga baru sahaja pergi ke rumah Kak Safi. Agak-agaknya kenapa? Hehehe. Mulai petang tadi, Kak Safi telah sah menjadi tunang Abang Syafiq. Baru tunang, belum lagi menjadi seorang isteri. Sabar ya, kita bagi mereka peluang.

Ibu bapa Kak Safi telah pulang dari Arab Saudi. Hanya Allah sahaja yang mengetahui betapa gembiranya hati aku tatkala melihat ummi menyarungkan cincin pertunangan di jari manis Kak Safi. Kadangkala, kita tidak dapat menyangka sesuatu yang kita inginkan akan menjadi realiti. Sesungguhnya, Allah yang berkuasa untuk menjadikan sesuatu anganan dan keinginan menjadi suatu realiti.

Abang Zafril yang bertanggungjawab untuk merakam dan mengambil gambar setiap saat indah pada majlis pertunangan Kak Safi tadi. Baru aku tahu, selain bekerja sebagai seorang juruterbang. Abang Zafril juga membuat kerja tambahan sebagai seorang jurugambar.

"Abang ada Facebook?" Soalku. Sengaja mahu menambah koleksi rakan di Facebook.

"Ada. Kenapa tanya?" Jawabnya tanpa memandang ke arahku. Sibuk sangat dengan kamera Nikon D90 miliknya. Ceh! Tahulah aku tak mampu nak beli. Tidak mengapa, aku kahwin nanti, aku nak minta hantaran sebiji Nikon D90. Hahaha. Dasar mata duitan!

"Saje je. Yelah, nanti kalau abang upload gambar majlis ni kat Facebook. Bolehlah Rifqah tengok." Jawabku malas.

"Abang minta maaf sangat Rifqah! Abang tak boleh nak bagi sebabnya...." Belum sempat Abang Zafril menghabiskan kata-katanya, Abang Syafiq terlebih dahulu menyampuk.

"Alaa..Dia takut buah hati dia marah." Abang Syafiq gelak besar. Mak aih! Kalah pontianak harum sundal siang.

"Oh ya ke? Tidak mengapalah kalau macam itu." Jawabku selamba. Ini mesti kes 'queen control'.

********************************************
Bosannya tinggal seorang diri di rumah. Kak Safi masih di rumah ibu bapanya dan esok baru balik.
Haish, kenapalah tidak ada orang yang mahu berbual dengan aku di Facebook?

Tooiinngg!! Eh, baru cakap, dah ada yang ajak 'chat'!

PZ: Assalamualaikum awak!

Dia?? Haisshh!!

KR: Waalaikumussalam. Ye awak..kenapa?

PZ: Rindu kat saya tak? Hehe 

KR: Euuww!! Tak langsung!

PZ: takpe. Mungkin belum lagi kot. Tengok jelah nanti. ; )

KR: takkan sesekali! Eh, hari itu janji nak belanja saya makan kek kat Secret Recipe.

Ha!! Bab-bab makan aku takkan sesekali lupakan.

PZ: Nak ke? Jomlah! Saya pun tengah lapar ni.

KR: hehe.. Takpe lah awak. Kita cancel ek?

Ingat aku berani ke keluar dengan lelaki yang aku tak kenal? Sampaikan salam jelah.

PZ: Laa..kenapa pula? Tadi dia yang ajak.

KR: bukan apa, kita kan baru kenal. Awak ingat saya berani ke nak keluar dengan awak?

PZ: okey! Saya faham. Awak tengah buat apa?

KR: tengah 'chat' dengan siapa entah. Saya pun tak tahu nama dia. 

PZ: haha..sindir saya ke?

KR: eh, awak terasa ke?

PZ: takdelah..cuma ada rasa pedas campur manis sikit. Hehehe

KR: pandailah awak ek.

PZ: Cantik awak dalam baju kurung biru laut tadi. Sejuk mata memandang.

KR: mana awak tahu yang saya pakai baju warna biru laut tadi? Awak ni stalker ek?

Ish! Siapa pula dia ni? Seram pulak aku rasa.

PZ: suka suki hati awak je nak cakap yang saya ni stalker. 
Saya ada kat majlis petang tadi. Tu yang nampak awak..

KR: Oh ye ke? Cantik tak saya? Hahaha

PZ: mestilah cantik! Rasa macam nak ajak awak bertunang sekali! Hehehe

KR: euuww!! Bukannya saya kenal awak pun!
Awak pun bukannya kenal saya!

PZ: Alaa..nanti-nanti boleh kenal. Lepas kahwin nanti pun masih boleh berkenalan. 
Lebih dari itu pun boleh. Hehe

KR: Hish, awak ni! Nonsense!

PZ: awak ni! Saya ajak kahwin pun tak nak ke?

KR: Hei! Saya kenalah pilih yang terbaik. Pilih suami bukan macam nak pilih 
sayur dekat pasar!

PZ: Takpe..takpe..saya boleh tunggu. Demi awak, berapa lama pun saya sanggup.

Tett..Tett..Tett

Eh, ada mesejlah! Daripada siapa pula ni ya? Oh, daripada Kak Najwa

+ Assalamualaikum.. Adik!!

- Wa'alaikumussalam.. Ye kakak adik yang comel. Ada apa?
Macam ada berita gembira je.

+ Macam tahu-tahu je adik ni. Adik nak tahu tak?

-Mestilah nak!! Cepatlah beritahu!

+ Akak dah nak bertunang!!! Lagi 2 minggu je majlisnya akan dilansungkan.
Hehehe..

-Alhamdulillah!!! Tak sabar nak dapat abang ipar. (^_~)

+ Amboii.. Sukanya dia..

- Mestilah suka!

+ akak ingat nak ajak adik temankan akak pergi beli barang hantaran kat Nilai 3.
Besok pagi dengan bakal abang ipar adik sekali.

-Oh ye ke? Boleh jugak. Boleh adik berkenalan dengan bakal abang ipar adik.
hehehe..

+ Besok pagi akak datang ambil adik di rumah, ya?

-Wokkey!!

********************************

Aku sekadar memakai baju kurung berwarna putih yang mempunyai bunga-bunga kecil merah jambu. Tudung pula aku kenakan dengan warna senada. Tudungku yang bersaiz bidang 60, aku sematkan ke bahu kanan dan bahu kiriku.

Sebentar lagi, Kak Najwa dan bakal tunangnya akan tiba. Bagaimanalah  rupa bakal tunangnya itu? Mungkinkah lebih kacak daripada Abang Harizku? Ataupun lebih segak seperti Abang Zafril. Sabar Rifqah. Sat lagi sampai lah depa tu..

Sebuah Proton Waja berwarna silver berhenti di hadapan rumahku. Ini mesti kereta milik bakal tunang Kak Najwa. Eh, macam kenallah kereta ni tetapi milik siapa, ya? Karmila Rifqah, ada ramai manusia yang memiliki kereta sebegini. 

"Assalamualaikum, adik!" Kak Najwa keluar dari perut Proton Waja tersebut.

"Waalaikumussalam. Amboi, gembiranya kakak kita ni!" Usikku. 

"Eh, mestilah akak happy. Adik, akak kenalkan bakal  tunang akak...." Aku menoleh ke arah si pemandu.

Ya Allah! Diakah bakal tunang Kak Najwa?! Adakah ini suatu sandiwara yang di rancang ataupun, aku dalam rancangan 'wakenabeb'? Tidak Karmila Rifqah! Kau di alam realiti. 

Hampir-hampir sahaja empangan airmataku tumpah kerana lelaki ini. Rifqah, demi kebahagiaan Kak Najwa, tunjukkan yang kau gembira. Kau mesti kuat Karmila! 

"Adik, inilah bakal tunang akak dan bakal abang ipar adik..Hariz Zahwan! Dia nikan sepupu kita, anak Wak Halim. Adik kenalkan?" Bersungguh-sungguh Kak Najwa memperkenalkan Abang Hariz. 'Kak, adik dah terlebih kenal dengan dia. Lebih sangat, kak.'

"Rasanya...kenal kot." Aku sekadar memberikan senyuman kelat kepada Abang Hariz. Teganya hatimu Hariz Zahwan dalam memainkan perasaanku.

Abang Hariz sekadar tersenyum pahit. Aku lihat dia sudah seperti cacing yang kepanasan. Aku tidak kisah jika dia curang denganku tetapi hatiku sangat sakit kerana dia curang dengan kakakku. 

Perjalanan 1 jam ku rasakan seperti seminggu lamanya. Haha. Macam melampau je sampai seminggu. 

"Dah lama ke Kak Najwa dengan Abang Hariz bercinta?" Soalku sekadar ingin tahu.

"Ermm..adalah dalam dua tahun kan, sayang?" Soalnya kepada si Hariz. Malas aku hendak memanggil abang lagi.

"Uiii..Dah lama ya, kak? Tak dengar pula yang akak dengan abang bercinta. Main sorok-sorok, ya?" Usikku. 

**********************************************

Memang betul apa yang dikatakan oleh orang ramai. Kedai barang-barang perkahwinan 'Thank You', memang mempunyai semua barang perkahwinan yang diperlukan. Daripada dulang hantaran sehinggalah cadar katil. Eceh! Rasa macam tidak sabar pula hendak berkahwin. Gatal! Rambang mata aku melihat barang-barang di sini. 

Tiba-tiba bahuku dicuit seseorang..

"Beli barang kahwin ke?" Soalnya.

"Eh, tidaklah. Calon pengantin lelaki pun belum ada apatah lagi hendak membeli barang-barangnya." Aku tergelak kecil. Kehadirannya sering sahaja membuat aku tenang.

"Kalau nak, abang boleh jadi pengantin lelakinya. Nak?" E'eh, mengarutlah Abang Zafril ni.

"Habis tu, tunang abang nak simpan kat mana? Kat rak buku?" Aku sekadar tersenyum.

"Tunang? Bila masa pula abang ada tunang ni?" Riak wajahnya berubah hairan.

"Hari itu, abang beritahu yang abang ada tunang yang sangat comel dan dia sangat suka makan cupcake. Ingat tak?" Aku cuba mengembalikan ingatannya.

"Ohoho!! Nak tahu ke siapa tunang abang?" Dia tersenyum menggoda. Haiisshh!! Siapa sahaja yang melihat senyumannya mampu untuk jatuh hati padanya.

"Siapa? Faezah Elai?" Terkekek-kekek aku ketawa. 

"Macam mana kalau abang cakap yang tunang abang tu....Karmila Rifqah!" Lantas, dia mengenyitkan matanya.

"Nonsense!" Aku cuba mengawal debaran yang bertandang di hati.

"Betul Rifqah! Rifqah sudi nak jadi isteri dan ibu kepada anak-anak abang?" Lantas, Abang zafril melutut di hadapanku. Eh, apa ni?! 

Aku segera menariknya berdiri.

"Kenapa dengan abang ni?" Kena sawan pengantin ke Abang Zafril ni? Kalau nak buat lawak pun, agak-agaklah.

"Rifqah..sebenarnya abang...."

"Rifqah! Jom balik!" Belum sempat Abang Zafril menghabiskan kata-katanya, si Hariz terlebih dahulu menarik aku pergi ke kawasan yang agak jauh dari Abang Zafril.

Kacau betullah!

"Nak apa?! Mana Kak Najwa?!" Soalku geram. Mungkin inilah petunjuk yang Allah ingin berikan padaku bahawa dia bukan seorang lelaki yang menghormatiku sebagai wanita.

"Lantaklah pasal Kak Najwa tu! Siapa lelaki tadi?!!" Hariz memegang lenganku dengan kasar.

"Dia....dia..."

"Siapa dia?! Teman lelaki kau???!!!!" Hariz memegang lenganku dengan kasar.

"Sakitlah!!" Aku merentap lenganku daripada genggamannya.

"Dia tu kawan Abang Syafiq!" Sambungku lagi.

"Oh, abang minta maaf." Maaf..maaf.. Boleh jalanlah! 

*******************************************

Dua minggu sebelum pertunangannya, Hariz sering menggangguku. Baik mesej, panggilan telefon dan juga emel. Rimas aku dibuatnya. Dalam masa satu hari, aku dikecewakan, dilamar oleh Abang Zafril dan juga disakiti oleh Hariz. 

Haris tidak putus-putus mengungkapkan kata-kata maaf. Aku sudah lama memaafkannya. Aku hanya boleh mendoakan kebahagiaannya dengan Kak Najwa. 

Telefon bimbitku berdering menandakan ada panggilan masuk.

"Assalamualaikum, ummi!!!" Jawabku riang.

"Waalaikumussalam. Sayang apa khabar?" Suara ummi yang mesra membuat dadaku menjadi sebak. Sudah lama aku tidak mendengar suaranya.

"Alhamdulillah..adik sihat je. Ummi dengan abah?" 

"Kami berdua bertambah-tambah sihat sejak ada orang masuk meminang anak ummi." Ummi tergelak kecil.

"Anak mana pula yang dipinang ni? Abang Luthfi?" Soalku hairan. Macam tak masuk akal pula bila ada orang masuk meminang Abang Luthfi. Hehehe

"E'eh. Buat-buat tak tahu pula. Adik lah yang kena pinang!" Hah?! Ya Allah! Apa lagi ujianmu yang harus ku terima?

"Siapa, ummi?" Soalku hairan.

"Eley, buat-buat tak tahu pula! Tuan Syed Mahfuz datang masuk meminang adik, semalam." 

Ya Allah! Siapa pula tu? Takkan ada warga emas yang masuk meminang aku kot?

"Ummi! Adik tak kenal dia." Aku merengek manja.

"Eh, bukan dia yang meminang adik! Tatapi anak dia. Syed Irfan Zafril!" Beritahu ummi dengan nada yang girang.

Biar betul Abang Zafril ni?!! 

Ya Allah! Bantulah hambamu ini. Apa keputusan yang harus aku berikan pad ummi dan abah????

Perlukah aku setuju untuk kebahagiaan ummi, abah dan orang disekelilingku???
Atau perlukah aku menolak pinangannya dan berserah sahaja pada takdir???

Wednesday, June 8, 2011

Episod "Ayat-Ayat Cinta" di bumi Mesir...

Posted by Cek Aniz at 3:21:00 PM 0 Strawberry Utk Dipetik Links to this post
Assalamualaikum...Terima Kasih kepada pengunjung  blog aku yang entah apa-apa ini kerana terus mengikuti perkembangan blog aku. Tiada apa yang lebih berharga buat aku melainkan ingatan dan minat korang untuk membaca blog aku...

Alhamdulillah, masuk hari ini. Sudah 5 hari aku menjadi pengunjung di bumi "Ayat-ayat cinta".  Jangan salah faham, bukannya Indonesia tetapi, bumi Mesir. Sememangnya pelbagai sejarah Islam dapat aku pelajari di sini.
Aku yang pada mulanya agak jahil tentang sejarah bermulanya Islam di bumi Allah ini, dapat mengetahui pelbagai sejarah Islam yang mungkin tidak dapat aku pelajari melalui buku-buku cerita mahupun, buku teks di sekolah.

Aku sangat berterima kasih kepada abang sepupuku yang sudah aku anggap seperti abangku sendiri iaitu Abang Faroaq. Tanpanya, mungkin kami akan terlepas banyak perkara tentang sejarah-sejarah Islam yang terdapat di Mesir. Penjelasan dan ilmu yang diberikan kepada kami membuat aku sentiasa terpegun dengan bicara yang dituturkan. Abang adalah antara abang terbaik yang pernah Anis ada. Terbaiikkkk!!

Ini adalah beberapa gambar yang aku ambil sepanjuang aku berada di sini. Selebihnya aku akan upload dalam masa terdekat. Setiap tempat yang aku kunjungi membolehkan aku untuk menginsafi diri sebagai hamba Allah SWT yang sangat lemah dan membuatkan aku berkali-kali mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana diciptakan untuk menjadi seseorang yang muslimah bukan pada nama tetapi juga di dalam jiwa aku yang sering goyah dengan ujiannya yang tidak seberapa.

 Ingatlah, setiap dugaan yang Allah berikan mempunyai hikmah yang sangat berharga. Yang sedih mampu berubah menjadi gembira. Yang derita mampu berubah menjadi bahagia.

Buat sementara waktu, aku upload beberapa keping gambar untuk menjadi santapan mata korang. Gamabar memang tak berapa elok.. Almaklumlah..aku tak mampu nak beli Nikon D90. Kopak duit tabung haji aku. Hehehe..

Ermmm...ni masa kami dekat Piramid. Memang terkezzut sangat  masa tengok..
Tak pernah terfikir pun nak sampai sini..; Syukur..Alhamdulillah...

 Unta padang pasir...

Kubu Salahuddin Al-Ayubi

Itu sahaja buat masa  ni. Kalau ada kesempatan nanti, aku akan upload lebih lagi ye? Besok dah nak balik..Byee....

Wednesday, May 18, 2011

Kau Takdirku...{Edisi Hari Ibu}

Posted by Cek Aniz at 3:00:00 AM 1 Strawberry Utk Dipetik Links to this post
E
Gambar sumbangan belas ihsan Pak Cik Google

Terkocoh-kocoh aku menutup pintu pagar rumah. Abang Syafiq ni! Sabarlah sikit. Dahlah banyak barang yang perlu aku bawa. Dah tak sabar sangatlah tu nak bertemu dengan Kak Safi.

Ha! Sebenarnya aku nak balik ke kampung. Yeay! Dah tak sabar nak jumpa dengan ummi. Kepulangan aku ke kampung kali ini, diikuti Kak Safi sekali. Bukan apa, kasihan Kak Safi, ibu bapanya berada di Arab Saudi atas urusan perniagaan selama 3 tahun. Jadi, tak dapatlah Kak Safi nak sambut Hari Ibu dengan ummi nya. Sebab itulah aku ajak Kak Safi sekali. Sekurang-kurangnya, dapat juga dia menumpang kasih ummi ku. Alaa, manalah tahu suatu hari nanti jadi ummi betul-betul ke kan?

Aku membuka pintu hadapan kereta Honda CRV milik Abang Syafiq. Baru sahaja aku hendak melabuhkan punggung di tempat duduk hadapan, Abang Syafiq segera menghalang.

“Dik, bagilah Kak Safi duduk depan. Please…” Pintanya.

“Apsal pula?” Soalku kembali. Sengaja mahu membuatnya terus merayu.

“Bagilah peluang kat abang dik. Adik tak nak ke kakak ipar macam Kak Safi, dik?” Abang  Syafiq mengenyitkan matanya. Amboi, gatal sungguh!

“Heehehe..yelah.”

Pantas aku menarik Kak Safi untuk duduk di hadapan.  Tersipu-sipu dirinya kerana diperlakukan sebegitu. Ya Allah! Kau ciptakanlah kasih di antara mereka.

*********************************************
Sampai sahaja di rumah, tidak kelihatan ummi mahupun abah. Mesti mereka berdua pergi ke kenduri kahwin ni. Aha! Sebenarnya aku, kak Safi, abah dan Abang Syafiq dah buat rancangan baik punya untuk ummi.
Aku berkira-kira, ummi dan abah akan balik dalam masa satu jam. Abah kata, hari ini ada banyak jemputan yang perlu dihadiri.

Kek untuk ummi telah pun aku buat di rumah. Kali ini aku telah membuat sebiji kek kegemaran ummi. Kek oren! Sedari dulu lagi, ummi sangat meminati kek oren. Katanya dia suka dengan haruman kek tersebut.
Kak Safi pula bertungkus lumus memasak di dapur. Bukannya aku tidak tahu memasak, namun, aku sengaja mahu memberi ruang dan peluang untuk Kak Safi menyesuaikan diri  di dapur rumah kami. Mula-mula memanglah kekok tetapi, lama-lama biasalah tu kan?

Aku sibuk menggantung belon di ruang tamu. Aku memandang ke sekeliling. Eh, mana pula Abang Syafiq ni? Rasanya tadi dia juga sedang sibuk menggantung belon di ruang tamu. Ini tak ada tempat lain yang di tuju, mesti dia kat dapur ni.

Berhati-hati aku membuka langkah kakiku. Tidak mahu di dengari Abang Syafiq mahupun Kak Safi. Senang kata, tak mahu kacau daun. Hehehe.

“Boleh ke Mak Cik Rahayu terima Safi?” Apa kena mengena dengan ummi aku pula ni?

“InsyaAllah, janganlah risau. Kalau memang Safi adalah takdir untuk abang, ummi mesti terima.” Pujuk Abang Syafiq.

“Tak terlalu awal ke, bang?” Kedengaran suara Kak Safi. Abang?? Errkk, macam ada yang tak kena je ni.

Aku tetap meningkatkan usaha untuk mencuri dengar perbualan mereka.

“Habis tu bila lagi? Atau sebenarnya..Safi tak sudi jadi isteri abang?” Damm!!! Aku rasa macam kena panah petir je bila mendengar butir-butir bicara Abang Syafiq.

“Jangan cakap macam tu! Safi sudi..” Tingkah Kak Safi dengan lembut.

Ya Allah! Alhamdulillah, kau telah mengabulkan doa hamba mu ini. Aku bersyukur sangat-sangat jika Abang Syafiq dan kak Safi mengikat  tali perhubungan yang sah.

“Ehem..ehem!!” Sengaja aku berdehem lantas, masuk ke dapur. Kononnya, mahu meneguk air.

“Eh,  bila masa… adik…turun?”  Soal Abang Syafiq tersekat-sekat.

“Baru je. Dalam 10 minit.” Jawabku selamba.

“Errr…dik..sebenarnya..”

“Ahahahaha!!! Dah kantoi!!” Jeritku.

Muka Kak Safi merona merah. Mungkin malu bila rahsianya terbongkar.  Kak Safi ni memang pemalu orangnya. Macam dalam lagu ‘Kalau Berpacaran’ tu, “kerna malu itu perisai orang beriman”

“Assalamualaikum…” Ummi memberi salam.

Kami bertiga mendiamkan diri.

“Adik! Syafiq!” Jerit ummi. Ummi kalau bab jerit-menjerit, memang tiada siapa yang boleh melawan.

Perlahan-lahan, aku, Abang Syafiq dan Kak Safi keluar dari dapur.

“UMMI!!!!” Jeritku bergabung dengan jeritan Abang Syafiq.

Aku dan Abang Syafiq memeluk ummi lantas mencium pipinya yang gebu.

“Selamat hari ibu, ummi! Semoga panjang umur.  Ummi adalah ummi yang terbaik di dalam dunia!” Ucapku. Ikhlas dari lubuk hatiku yang tidak pernah putus menyayangi ummi.

Terima Kasih ummi!! Terima kasih atas segala-galanya.  Terima kasih sebab sudi lahirkan adik atas muka bumi ini dan mendidik adik sehingga berjaya.

Terima kasih sebab ummi selalu gosokkan baju adik bila adik malas nak gosok. Ummi sentiasa faham kalau adik malas nak gosok baju.

Terima kasih sebab setiap pagi sediakan quaker oat untuk adik alas perut sebelum pergi sekolah. Walaupun, bila nampak quaker oat tu adik rasa macam nak mengamuk sebab adik tidak suka minum pagi tetapi, ummi tetap pujuk adik untuk minum.

Terima kasih sebab hari-hari isikan air dalam botol air adik yang 2 liter tu.  Ummi selalu marah adik kalau adik beli air kat kantin. Ummi kata adik tak boleh minum air kat kantin sebab tak berapa masak dan nanti adik akan mula terbatuk-batuk dan tercungap sebab adik ada sakit Athma. Adik akan selalu cakap yang air paling sedap dalam dunia ini adalah air yang ummi masak hari-hari tu. Kawan-kawan adik mesti  tergelak kalau adik cakap macam tu. Alaa, diorang tak tahu betapa sedapnya air yang ummi bekalkan untuk adik!

Terima kasih ummi sebab selalu ajar adik mengaji dengan tajwid yang betul setiap kali lepas solat maghrib. Rotan yang ummi gunakan itulah yang telah menjadikan adik johan tilawah al-Quran peringkat negeri 4 tahun berturut-turut. Hehehe.. Indahnya kenangan tu.

Terima kasih sebab ajar adik macam mana nak cari perkataan dalam kamus bahasa Inggeris. Kalau ummi tak ajar adik, mungkin sampai sekarang pun adik masih tidak tahu menggunakan kamus dwibahasa dengan betul.

Terima kasih sebab ummi telah lahirkan seorang juruterbang, seorang arkitek, bakal  doktor dan juga Eksekutif pemasaran. TERIMA KASIH UMMI!!!!!
SAYANG UMMI!!!!!!!!!!!!!!!!!

“Eh, siapa yang cantik ni? Bakal menantu ummi ke?”  Usik ummi. Usik ada makna tu.

Kak Safi menyalami tangan ummi lantas, menjeling ke arah Abang Syafiq.

“Ummi suka tak kalau dia jadi menantu ummi?” Soal Abang Syafiq. Ek eley, nak main tarik tali pula dengan ummi ya.

“Eh, mestilah suka. Ummi pun dah tak sabar nak dapat menantu.”  Wah! Ceria betul aku lihat senyuman ummi.  Yelah, ummi mana yang tidak suka kalau hendak mendapat menantu. Tambahan pula, menantu perempuan.

“Alhamdulillah. Adik? Bila nak bawa balik menantu untuk ummi dengan abah?” Soal abah. Abah ni memang tau, tak pandai nak berlapik langsung!

“Err..InsyaAllah tak lama lagi. Abah pula,bila nak bawa mak baru?” Hahahaha.  
Sengaja aku menyoal begitu. Abah tak akan berani untuk menambah cawangan kerana kasihnya hanya untuk ummi sahaja.

“Tak ada maknanya. Kasih sayang dan cinta abah hanya untuk ummi je.”  
Jawab abah jujur.  Tiba-tiba aku rasa yang abah aku ni romantik lah pula.

“Dengar tu abang! Dah kahwin nanti mesti setia macam abah!” Aku memberi 
peringatan kepada abang Syafiq.

Nantikan sambungannya....

Pesanan Penaja:

"Saya SAYANG ummi saya!!!"

Wednesday, May 4, 2011

Kau Takdirku...{part 5}

Posted by Cek Aniz at 2:48:00 AM 1 Strawberry Utk Dipetik Links to this post
*gambar sumbangan Pak cik google..

Hari Isnin sepatutnya menjadi hari permulaan yang baik tetapi, tidak buat pekerja 
seperti aku.Hari Isnin je, berlambak-lambak kerja yang menanti. Bos aku, Encik Ariff
macam sengaja nak kenakan aku. Kerja yang sepatutnya dihantar seminggu
lagi, dia akan menyuruh aku untuk hantar dalam masa dua hari. Adil ke?? Nasib
 baik kau tu anak kepada Tan Sri Razak dan merangkap bos besar aku.
Kalau tak, memang aku dah lempar je fail-fail yang disuruh hantar kat atas meja
dia. Dia ingat aku robot ke?

‘Bos, saya ni manusia, bukannya robot. Saya tak boleh buat banyak kerja 
pada masa yang sama!’ Ikutkan hati, nak je aku cakap macam itu pada
 Encik Arif tetapi, aku tak beranilah. Dia kan bos aku. Takkan baru
empat bulan kerja dah nak kena pecat?!

Eh, okey juga tau kalau aku berhenti kerja. Aku boleh teruskan bisnes 
kek cawan aku. Alhamdulillah, pendapatan meniaga kek cawan aku
melebihi daripada gaji yang aku perolehi.

“Rifqah! Jom ikut saya!” Ajak Encik Ariff. Kalau ya pun, tak perlulah
 jerit-jerit. Buat malu aku je pada rakan sepejabat.

“Pergi mana bos? Takkan bos nak ajak saya pergi kahwin dekat 
Siam kot?" Soalku cuak. Aku sebenarnya bergurau je. Tak ingin aku
bersuamikan lelaki kaya macam dia ni. Lagipun, dia ni dah ada buah hati.
Kalau tak silap aku, buah hati dia ni pelakon dan model. Muka buah
 hati dia iras-iras Fazura. Cantik!

"Mengarutlah awak ni! Ikut jelah!" Jawabnya dengan muka yang bengis. 
Eley, macamlah aku takut.

******************************************

Setelah 20 minit, Encik Ariff memberhentikan Toyota Harrier nya di 
sebuah kedai makan Melayu. Nampak macam kedai mahal je.
Ala..ada aku kisah. Dia yang bayar bukannya aku.

Kami beriringan masuk ke dalam kedai makan tersebut. Dia seakan-akan 
mencari seseorang. Siapa? Buah hatinya ke? Kalau ya, apa salahnya.
Bolehlah aku jumpa artis. Hahaha. Dia menghampiri seseorang yang
duduk membelakangi kami.

"Riz!" Dia menepuk bahu rakannya. 

Gulp! Kenapa pula dia ada kat sini? Apa dia buat kat sini? 
Harap-harap dia tidak salah faham apabila melihat aku dan Encik Ariff.

"Lambatnya kau! Dah lebih setengah jam aku tunggu kau. Buang 
masa aku je!" Marah lelaki tersebut. Aku seboleh-bolehnya berselindung
 di sebalik tubuh Encik Ariff.

"Sorry. Ala, setakat setengah jam, apalah sangat." 

Lelaki tersebut terjenguk-jenguk melihat aku. Mungkin pelik melihat
 sikapku yang cuba berselindung di belakang Encik Ariff.

"Oh, ya! Aku kenalkan, Karmila Rifqah. Esekutif pemasaran kat 
syarikat aku." Encik Ariff cuba memperkenalkan aku.

"Apa khabar Encik Hariz Zahwan? Sihat? Hehehe" Aku
 hanya tersengih seperti kerang busuk.

"Sihat, Alhamdulillah..Macam ada jodoh je kan? Atau memang 
dah ada jodoh?" Soalnya sambil tersenyum.

Encik Ariff seakan terpinga-pinga. Pelik dengan hubungan 
kami barangkali.

"Eh! Korang berdua dah kenal ke?" Soalnya hairan.

"Mestilah.. Dia ni..errr..sepupu aku." Jawabnya teragak-agak.

Hah??!!! Boleh ulang suara balik tak??!!! Sepupu??!!! Jadi 
selama ni dia cuma anggap aku macam adik sepupu dia? Habis itu,
yang bersayang-sayang bagai, Apa cerita? Sampai hati dia cakap
macam tu.

Dia memandang aku dengan wajah serba salah. Kadang-kadang 
aku meragui Abang Hariz. Betul ke dia menyayangi aku?

Aku mengambil tempat duduk di sebelah Encik Ariff. Malas aku 
hendak memandang wajah Abang Hariz. Hati aku masih panas
 dengan pengakuannya sebentar tadi.

Tett..tett..tett.. Ada mesej masuk! Nombor siapa pula ni? 
Ada je nombor baru masuk. 

+ Salam..tengah buat apa??
- Errr..tak de pape. Siapa ni ek?
+ Oh! Ni abanglah..
- Abang? Abang mana ek? Saya ada banyak abang..hehehe
+ Urm, ni Abang Zafril.
- OoOo..Ingatkan siapa? Ada apa mesej Rifqah ni?
+ Saje je. Rasa macam rindu kat orang tu pula.

Errkk...mamat ni! Main rindu-rindu pula. Ingat sikit kat tunang tu.

-Yeke? 
+ Iyelah..Takkan tipu pula.
- Hehehe..mengarut jelah abang ni! (^_~)
+ Free tak? 
- Free..kan sekarang ni lunch time. Abang nak belanja makan ek?
+ Yup! Jom! Makan dekat Secret Recipe. Nak tak?
-Nak!! Nak!! Nak!! Nak saaangat!!!!
+Okey, jumpa abang dekat Secret Recipe, Pavillion. Atau nak suruh abang
 ambil?
- Takpe-takpe. Kita jumpa je kat sana.

Aku terus meminta diri. Abang Hariz seakan terpinga-pinga dengan perlakuanku. 
Lantaklah! Ada aku kisah. Biar dia fikir aku merajuk dengan perlakuannya sebentar tadi.

****************************************************

"Abang Zafril!" Aku menyergah dia dari belakang.

"Hish! Rifqah ni memang suka main sergah orang ek?" Aku terkekek-kekek ketawa. 
Pantas, mengambil tempat duduk di hadapannya.

"Sorry, abang! Marah ke?" Aku memandang wajahnya. Seperti memohon simpati.

" Marah! Tak jadi nak belanja orang tu makan!" Abang Zafril memuncungkan mulutnya.

"Alolo..sorry lah.. Orang dah lapar ni. Abang tak kesian ke kat kita?" Aku cuba 
memohon simpatinya. Kalau betul dia tak nak belanja aku makan, habislah aku.
 Mati kebulur nanti.

"Kesiannya Cik Rifqah ni.. Dahlah! Pesanlah nak makan apa.." 

Aku tersenyum lebar. Untungnya kalau dapat suami macam ni. 
Tak kisah bab-bab duit ni. 

Nantikan sambungannya.... 

Setelah 14 tahun...

Links to this post

Teh O Ais Limau Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review