Wednesday, May 18, 2011

Kau Takdirku...{Edisi Hari Ibu}

Posted by Cek Aniz at 3:00:00 AM 1 Strawberry Utk Dipetik Links to this post
E
Gambar sumbangan belas ihsan Pak Cik Google

Terkocoh-kocoh aku menutup pintu pagar rumah. Abang Syafiq ni! Sabarlah sikit. Dahlah banyak barang yang perlu aku bawa. Dah tak sabar sangatlah tu nak bertemu dengan Kak Safi.

Ha! Sebenarnya aku nak balik ke kampung. Yeay! Dah tak sabar nak jumpa dengan ummi. Kepulangan aku ke kampung kali ini, diikuti Kak Safi sekali. Bukan apa, kasihan Kak Safi, ibu bapanya berada di Arab Saudi atas urusan perniagaan selama 3 tahun. Jadi, tak dapatlah Kak Safi nak sambut Hari Ibu dengan ummi nya. Sebab itulah aku ajak Kak Safi sekali. Sekurang-kurangnya, dapat juga dia menumpang kasih ummi ku. Alaa, manalah tahu suatu hari nanti jadi ummi betul-betul ke kan?

Aku membuka pintu hadapan kereta Honda CRV milik Abang Syafiq. Baru sahaja aku hendak melabuhkan punggung di tempat duduk hadapan, Abang Syafiq segera menghalang.

“Dik, bagilah Kak Safi duduk depan. Please…” Pintanya.

“Apsal pula?” Soalku kembali. Sengaja mahu membuatnya terus merayu.

“Bagilah peluang kat abang dik. Adik tak nak ke kakak ipar macam Kak Safi, dik?” Abang  Syafiq mengenyitkan matanya. Amboi, gatal sungguh!

“Heehehe..yelah.”

Pantas aku menarik Kak Safi untuk duduk di hadapan.  Tersipu-sipu dirinya kerana diperlakukan sebegitu. Ya Allah! Kau ciptakanlah kasih di antara mereka.

*********************************************
Sampai sahaja di rumah, tidak kelihatan ummi mahupun abah. Mesti mereka berdua pergi ke kenduri kahwin ni. Aha! Sebenarnya aku, kak Safi, abah dan Abang Syafiq dah buat rancangan baik punya untuk ummi.
Aku berkira-kira, ummi dan abah akan balik dalam masa satu jam. Abah kata, hari ini ada banyak jemputan yang perlu dihadiri.

Kek untuk ummi telah pun aku buat di rumah. Kali ini aku telah membuat sebiji kek kegemaran ummi. Kek oren! Sedari dulu lagi, ummi sangat meminati kek oren. Katanya dia suka dengan haruman kek tersebut.
Kak Safi pula bertungkus lumus memasak di dapur. Bukannya aku tidak tahu memasak, namun, aku sengaja mahu memberi ruang dan peluang untuk Kak Safi menyesuaikan diri  di dapur rumah kami. Mula-mula memanglah kekok tetapi, lama-lama biasalah tu kan?

Aku sibuk menggantung belon di ruang tamu. Aku memandang ke sekeliling. Eh, mana pula Abang Syafiq ni? Rasanya tadi dia juga sedang sibuk menggantung belon di ruang tamu. Ini tak ada tempat lain yang di tuju, mesti dia kat dapur ni.

Berhati-hati aku membuka langkah kakiku. Tidak mahu di dengari Abang Syafiq mahupun Kak Safi. Senang kata, tak mahu kacau daun. Hehehe.

“Boleh ke Mak Cik Rahayu terima Safi?” Apa kena mengena dengan ummi aku pula ni?

“InsyaAllah, janganlah risau. Kalau memang Safi adalah takdir untuk abang, ummi mesti terima.” Pujuk Abang Syafiq.

“Tak terlalu awal ke, bang?” Kedengaran suara Kak Safi. Abang?? Errkk, macam ada yang tak kena je ni.

Aku tetap meningkatkan usaha untuk mencuri dengar perbualan mereka.

“Habis tu bila lagi? Atau sebenarnya..Safi tak sudi jadi isteri abang?” Damm!!! Aku rasa macam kena panah petir je bila mendengar butir-butir bicara Abang Syafiq.

“Jangan cakap macam tu! Safi sudi..” Tingkah Kak Safi dengan lembut.

Ya Allah! Alhamdulillah, kau telah mengabulkan doa hamba mu ini. Aku bersyukur sangat-sangat jika Abang Syafiq dan kak Safi mengikat  tali perhubungan yang sah.

“Ehem..ehem!!” Sengaja aku berdehem lantas, masuk ke dapur. Kononnya, mahu meneguk air.

“Eh,  bila masa… adik…turun?”  Soal Abang Syafiq tersekat-sekat.

“Baru je. Dalam 10 minit.” Jawabku selamba.

“Errr…dik..sebenarnya..”

“Ahahahaha!!! Dah kantoi!!” Jeritku.

Muka Kak Safi merona merah. Mungkin malu bila rahsianya terbongkar.  Kak Safi ni memang pemalu orangnya. Macam dalam lagu ‘Kalau Berpacaran’ tu, “kerna malu itu perisai orang beriman”

“Assalamualaikum…” Ummi memberi salam.

Kami bertiga mendiamkan diri.

“Adik! Syafiq!” Jerit ummi. Ummi kalau bab jerit-menjerit, memang tiada siapa yang boleh melawan.

Perlahan-lahan, aku, Abang Syafiq dan Kak Safi keluar dari dapur.

“UMMI!!!!” Jeritku bergabung dengan jeritan Abang Syafiq.

Aku dan Abang Syafiq memeluk ummi lantas mencium pipinya yang gebu.

“Selamat hari ibu, ummi! Semoga panjang umur.  Ummi adalah ummi yang terbaik di dalam dunia!” Ucapku. Ikhlas dari lubuk hatiku yang tidak pernah putus menyayangi ummi.

Terima Kasih ummi!! Terima kasih atas segala-galanya.  Terima kasih sebab sudi lahirkan adik atas muka bumi ini dan mendidik adik sehingga berjaya.

Terima kasih sebab ummi selalu gosokkan baju adik bila adik malas nak gosok. Ummi sentiasa faham kalau adik malas nak gosok baju.

Terima kasih sebab setiap pagi sediakan quaker oat untuk adik alas perut sebelum pergi sekolah. Walaupun, bila nampak quaker oat tu adik rasa macam nak mengamuk sebab adik tidak suka minum pagi tetapi, ummi tetap pujuk adik untuk minum.

Terima kasih sebab hari-hari isikan air dalam botol air adik yang 2 liter tu.  Ummi selalu marah adik kalau adik beli air kat kantin. Ummi kata adik tak boleh minum air kat kantin sebab tak berapa masak dan nanti adik akan mula terbatuk-batuk dan tercungap sebab adik ada sakit Athma. Adik akan selalu cakap yang air paling sedap dalam dunia ini adalah air yang ummi masak hari-hari tu. Kawan-kawan adik mesti  tergelak kalau adik cakap macam tu. Alaa, diorang tak tahu betapa sedapnya air yang ummi bekalkan untuk adik!

Terima kasih ummi sebab selalu ajar adik mengaji dengan tajwid yang betul setiap kali lepas solat maghrib. Rotan yang ummi gunakan itulah yang telah menjadikan adik johan tilawah al-Quran peringkat negeri 4 tahun berturut-turut. Hehehe.. Indahnya kenangan tu.

Terima kasih sebab ajar adik macam mana nak cari perkataan dalam kamus bahasa Inggeris. Kalau ummi tak ajar adik, mungkin sampai sekarang pun adik masih tidak tahu menggunakan kamus dwibahasa dengan betul.

Terima kasih sebab ummi telah lahirkan seorang juruterbang, seorang arkitek, bakal  doktor dan juga Eksekutif pemasaran. TERIMA KASIH UMMI!!!!!
SAYANG UMMI!!!!!!!!!!!!!!!!!

“Eh, siapa yang cantik ni? Bakal menantu ummi ke?”  Usik ummi. Usik ada makna tu.

Kak Safi menyalami tangan ummi lantas, menjeling ke arah Abang Syafiq.

“Ummi suka tak kalau dia jadi menantu ummi?” Soal Abang Syafiq. Ek eley, nak main tarik tali pula dengan ummi ya.

“Eh, mestilah suka. Ummi pun dah tak sabar nak dapat menantu.”  Wah! Ceria betul aku lihat senyuman ummi.  Yelah, ummi mana yang tidak suka kalau hendak mendapat menantu. Tambahan pula, menantu perempuan.

“Alhamdulillah. Adik? Bila nak bawa balik menantu untuk ummi dengan abah?” Soal abah. Abah ni memang tau, tak pandai nak berlapik langsung!

“Err..InsyaAllah tak lama lagi. Abah pula,bila nak bawa mak baru?” Hahahaha.  
Sengaja aku menyoal begitu. Abah tak akan berani untuk menambah cawangan kerana kasihnya hanya untuk ummi sahaja.

“Tak ada maknanya. Kasih sayang dan cinta abah hanya untuk ummi je.”  
Jawab abah jujur.  Tiba-tiba aku rasa yang abah aku ni romantik lah pula.

“Dengar tu abang! Dah kahwin nanti mesti setia macam abah!” Aku memberi 
peringatan kepada abang Syafiq.

Nantikan sambungannya....

Pesanan Penaja:

"Saya SAYANG ummi saya!!!"

Wednesday, May 4, 2011

Kau Takdirku...{part 5}

Posted by Cek Aniz at 2:48:00 AM 1 Strawberry Utk Dipetik Links to this post
*gambar sumbangan Pak cik google..

Hari Isnin sepatutnya menjadi hari permulaan yang baik tetapi, tidak buat pekerja 
seperti aku.Hari Isnin je, berlambak-lambak kerja yang menanti. Bos aku, Encik Ariff
macam sengaja nak kenakan aku. Kerja yang sepatutnya dihantar seminggu
lagi, dia akan menyuruh aku untuk hantar dalam masa dua hari. Adil ke?? Nasib
 baik kau tu anak kepada Tan Sri Razak dan merangkap bos besar aku.
Kalau tak, memang aku dah lempar je fail-fail yang disuruh hantar kat atas meja
dia. Dia ingat aku robot ke?

‘Bos, saya ni manusia, bukannya robot. Saya tak boleh buat banyak kerja 
pada masa yang sama!’ Ikutkan hati, nak je aku cakap macam itu pada
 Encik Arif tetapi, aku tak beranilah. Dia kan bos aku. Takkan baru
empat bulan kerja dah nak kena pecat?!

Eh, okey juga tau kalau aku berhenti kerja. Aku boleh teruskan bisnes 
kek cawan aku. Alhamdulillah, pendapatan meniaga kek cawan aku
melebihi daripada gaji yang aku perolehi.

“Rifqah! Jom ikut saya!” Ajak Encik Ariff. Kalau ya pun, tak perlulah
 jerit-jerit. Buat malu aku je pada rakan sepejabat.

“Pergi mana bos? Takkan bos nak ajak saya pergi kahwin dekat 
Siam kot?" Soalku cuak. Aku sebenarnya bergurau je. Tak ingin aku
bersuamikan lelaki kaya macam dia ni. Lagipun, dia ni dah ada buah hati.
Kalau tak silap aku, buah hati dia ni pelakon dan model. Muka buah
 hati dia iras-iras Fazura. Cantik!

"Mengarutlah awak ni! Ikut jelah!" Jawabnya dengan muka yang bengis. 
Eley, macamlah aku takut.

******************************************

Setelah 20 minit, Encik Ariff memberhentikan Toyota Harrier nya di 
sebuah kedai makan Melayu. Nampak macam kedai mahal je.
Ala..ada aku kisah. Dia yang bayar bukannya aku.

Kami beriringan masuk ke dalam kedai makan tersebut. Dia seakan-akan 
mencari seseorang. Siapa? Buah hatinya ke? Kalau ya, apa salahnya.
Bolehlah aku jumpa artis. Hahaha. Dia menghampiri seseorang yang
duduk membelakangi kami.

"Riz!" Dia menepuk bahu rakannya. 

Gulp! Kenapa pula dia ada kat sini? Apa dia buat kat sini? 
Harap-harap dia tidak salah faham apabila melihat aku dan Encik Ariff.

"Lambatnya kau! Dah lebih setengah jam aku tunggu kau. Buang 
masa aku je!" Marah lelaki tersebut. Aku seboleh-bolehnya berselindung
 di sebalik tubuh Encik Ariff.

"Sorry. Ala, setakat setengah jam, apalah sangat." 

Lelaki tersebut terjenguk-jenguk melihat aku. Mungkin pelik melihat
 sikapku yang cuba berselindung di belakang Encik Ariff.

"Oh, ya! Aku kenalkan, Karmila Rifqah. Esekutif pemasaran kat 
syarikat aku." Encik Ariff cuba memperkenalkan aku.

"Apa khabar Encik Hariz Zahwan? Sihat? Hehehe" Aku
 hanya tersengih seperti kerang busuk.

"Sihat, Alhamdulillah..Macam ada jodoh je kan? Atau memang 
dah ada jodoh?" Soalnya sambil tersenyum.

Encik Ariff seakan terpinga-pinga. Pelik dengan hubungan 
kami barangkali.

"Eh! Korang berdua dah kenal ke?" Soalnya hairan.

"Mestilah.. Dia ni..errr..sepupu aku." Jawabnya teragak-agak.

Hah??!!! Boleh ulang suara balik tak??!!! Sepupu??!!! Jadi 
selama ni dia cuma anggap aku macam adik sepupu dia? Habis itu,
yang bersayang-sayang bagai, Apa cerita? Sampai hati dia cakap
macam tu.

Dia memandang aku dengan wajah serba salah. Kadang-kadang 
aku meragui Abang Hariz. Betul ke dia menyayangi aku?

Aku mengambil tempat duduk di sebelah Encik Ariff. Malas aku 
hendak memandang wajah Abang Hariz. Hati aku masih panas
 dengan pengakuannya sebentar tadi.

Tett..tett..tett.. Ada mesej masuk! Nombor siapa pula ni? 
Ada je nombor baru masuk. 

+ Salam..tengah buat apa??
- Errr..tak de pape. Siapa ni ek?
+ Oh! Ni abanglah..
- Abang? Abang mana ek? Saya ada banyak abang..hehehe
+ Urm, ni Abang Zafril.
- OoOo..Ingatkan siapa? Ada apa mesej Rifqah ni?
+ Saje je. Rasa macam rindu kat orang tu pula.

Errkk...mamat ni! Main rindu-rindu pula. Ingat sikit kat tunang tu.

-Yeke? 
+ Iyelah..Takkan tipu pula.
- Hehehe..mengarut jelah abang ni! (^_~)
+ Free tak? 
- Free..kan sekarang ni lunch time. Abang nak belanja makan ek?
+ Yup! Jom! Makan dekat Secret Recipe. Nak tak?
-Nak!! Nak!! Nak!! Nak saaangat!!!!
+Okey, jumpa abang dekat Secret Recipe, Pavillion. Atau nak suruh abang
 ambil?
- Takpe-takpe. Kita jumpa je kat sana.

Aku terus meminta diri. Abang Hariz seakan terpinga-pinga dengan perlakuanku. 
Lantaklah! Ada aku kisah. Biar dia fikir aku merajuk dengan perlakuannya sebentar tadi.

****************************************************

"Abang Zafril!" Aku menyergah dia dari belakang.

"Hish! Rifqah ni memang suka main sergah orang ek?" Aku terkekek-kekek ketawa. 
Pantas, mengambil tempat duduk di hadapannya.

"Sorry, abang! Marah ke?" Aku memandang wajahnya. Seperti memohon simpati.

" Marah! Tak jadi nak belanja orang tu makan!" Abang Zafril memuncungkan mulutnya.

"Alolo..sorry lah.. Orang dah lapar ni. Abang tak kesian ke kat kita?" Aku cuba 
memohon simpatinya. Kalau betul dia tak nak belanja aku makan, habislah aku.
 Mati kebulur nanti.

"Kesiannya Cik Rifqah ni.. Dahlah! Pesanlah nak makan apa.." 

Aku tersenyum lebar. Untungnya kalau dapat suami macam ni. 
Tak kisah bab-bab duit ni. 

Nantikan sambungannya.... 

Tuesday, May 3, 2011

Pertandingan Rekacipta & Persembahan Multimedia...

Posted by Cek Aniz at 2:39:00 AM 0 Strawberry Utk Dipetik Links to this post
Assalamualaikum...wah!! pertandingan gitu kan?? hehehe. Sebelum tu, pertandingan ni hanya untuk pelajar-pelajar SEMESRA(sekolah menengah kebangsaan sungai rawang) sahaja. Sekolah lain tak boleh masuk sebab...sebab..sebab apa ek?? Aha! Sebab pertandingan ni hanya untuk pelajar SEMESRA je..~ngeee

Pertandingan ni diadakan sempena minggu pusat sumber. Semua panitia perlu mengadakan pertandingan. Jadi, panitia teknikal dan vokasional telah mengadakan dua pertandingan......

~*~ Rekacipta Blog Kreatif [tingkatan 4&5 sahaja]

~*~ Persembahan multimedia[tingkatan 1,2,3]

Cuba tengok! form 4&5 punya pertandingan kacang kuda je! Form 1,2,3 je yang agak mencabar sikit. Banyak kerja nak kena buat. 

Sesiapa yang nak masuk, kena beli borang dengan harga RM 0.20 sen!!!!! Murrraaahhhh nyer!!! Kuih kat kantin lagi mahal. Hihihihi. Wak kantin jual kuih mahal sangat lah. Abah aku cerita..Ce cite,ce cite..Zaman dia sekolah, kuih cuma 5 sen je. Apsal bila zaman aku, mahal pulak ek?? Nanti, zaman anak aku pulak..sebiji karipap berharga RM 5.00. Mak aiihhh..mana aku nak cekau duit??!!! Tu pasal aku nak kahwin dengan pilot. Masyuk sikit. Tak payah aku buat part time job. Hahahaha. 

*Inilah borangnya. Ala..yg harga 20 sen tu..~ngeee

*E'eh..ada nama akulah!! Maaf ye, tulisan aku memang sangat hodoh.
Tak boleh nak buat apa dah..

*Hadiah-hadiah yang bakal menanti aku!! Hahahaha

Ok..disebabkan aku pelajar form 5. Jadi aku telah memilih pertandingan yang nombor satu. Kebetulan, aku memang dah ada blog tercinta ni. Alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan. Apa kena mengena nye ek?? 

Biarlah aku jujur di sini. Aku ingin membuat pengakuan, aku masuk memang sebab hadiah dia!!!!!!
Muahahahaha!!  Pendrive 8gb aku dah hilang. Jadi, inilah masanya untuk aku memiliki yang baru. Aku nak hadiah tempat pertama!! Mestilah kan. Cuba korang tengok hadiah tempat pertama... 
EXTERNAL HARD DISK, ok!!

Pesanan Penaja:

"Aku berharap agar aku berjaya memiliki tempat pertama..
Sebab aku nak hadiah tu!!!
Berharap sangat...."

Kau Takdirku...{Edisi Hari Ibu}

Links to this post

Teh O Ais Limau Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review